Hukuman mati mandatori mungkin dipinda kepada penjara seumur hidup

PUTRAJAYA – Hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah mungkin dipinda kepada hukuman penjara seumur hidup, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata kerajaan akan mengkaji undang-undang berhubung kesalahan berkaitan dadah kerana ada pihak berpendapat hukuman dikenakan sekarang terlalu keras. “Kita kaji undang-undang kerana undang-undang sekarang ini amat keras iaitu kalau didapati sesiapa […]

Penutupan Gerbang Pra Siswa Perlis

ARAU – Program Gerbang Pra Siswa Perlis yang diadakan di sini, telah disempurnakan majlis penutupannya oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin. Penutupan di Kolej Matrikulasi Arau di sini pada 16 Februari, turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar Kolej Matrikulasi Arau, Mohd Huzairi Hasan dan Pengarah Bahagian […]

Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’

RENGIT – Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Mulia Rengit di sini, seramai 120 pelajar sekolah ini telah menyertai program Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’ pada 18 Februari. Disampaikan oleh Daie Daie Azamuddin Zainal, ia bertujuan membina sahsiah jati diri ke arah yang lebih baik serta sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang positif. Program […]

Isu hotel : Penjelasan Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Operasi empat Hotel Tabung Haji akan diteruskan di bawah pengurusan baharu iaitu UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM). Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan Tabung Haji untuk mengurangkan komitmen kerajaan. “Langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada THHR […]

YADIM bakal laksana program kembara di Narathiwat

PUTRAJAYA – Usaha dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus diluaskan ke luar negara. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, pihaknya bercadang melakukan lawatan kerja ke wilayah Narathiwat di Selatan Thailand bagi melaksanakan program program dakwah di sana. “Kita laksanakan dalam bentuk jelajah atau Kembara YADIM. Antara pengisiannya termasuklah […]

Majlis Penyampaian Watikah SAR Yadim Parlimen Kapar.

KAPAR – Penubuhan pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Parlimen Kapar dilihat akan menyemarakkan aktiviti kesukarelawanan di kawasan ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa, Yang Berhormat Dr Daroyah Alwi. Menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan SAR Kapar dalam menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang santai, namun memberi impak kepada masyarakat. “Kita cadangkan untuk meningkatkan pemberian bantuan […]

Hayati Gagasan Rahmah

KOTA KINABALU – Hala tuju Malaysia dalam usaha menjadi sebuah negara maju seharusnya tidak dikhuatiri sebagai punca nilai murni dan seruan Islam bakal terhakis sekiranya rakyat menghayati fahaman gagasan Rahmah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sememangnya terdapat keraguan mengenai hala tuju negara apabila adanya matlamat untuk membawa Malaysia ke arah negara maju. “Apabila […]

MAWAR terbuka kerjasama dengan pelbagai pihak

TAWAU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat memanfaatkan sebarang peluang kerjasama yang terbuka luas dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan. Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pihaknya boleh bertindak sebagai penghubung untuk pihak NGO mendapatkan bantuan pihak kerajaan dan swasta untuk menjalankan aktiviti mereka samada di […]

Kursus Team Building YADIM Siri 2

SHAH ALAM –  Sebagai usaha memperkasa kakitangannya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 hingga 16 Februari telah mengadakan Kursus Team Building YADIM Siri 2. Seramai 79 kakitangan badan agama ini termasuk dari negeri negeri, menyertai program yang diadakan di Taman Botani Negara Shah Alam. Bertujuan mengeratkan ukhuwah dan semangat kerjasama antara kakitangannya, program tahunan […]

Undang-undang model akan dibentuk untuk selaras sekolah tahfiz – Fuziah

TAWAU: Undang-Undang Model membabitkan hal ehwal sekolah agama termasuk sekolah tahfiz akan dibentuk untuk menjadi garis panduan dan pemakaiannya bakal diselaras di setiap negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Salleh berkata ketika ini, undang-undang berhubung penubuhan atau pendaftaran sekolah tahfiz di setiap negeri adalah berbeza. “Di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah […]