Boleh di bin, binti dengan 99 nama Allah

JOHOR BAHRU – Anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh di bin atau binti dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah. Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, berkata langkah itu bagi mengelak anak tidak sah taraf berasa teraniaya atau menanggung aib pada masa hadapan jika mereka […]

Haram makan kelawar bawa penyakit, kata Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan memakan daging kelawar hukumnya dalam Islam adalah haram. Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata umat mestilah memakan makanan yang halal dan baik serta tidak mendatangkan penyakit. “Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan haiwan liar seperti kelawar, keluang dan seumpamanya mampu menjadi punca kepada penyakit bahaya buat individu […]

TYDP YADIM di Forum Perdana Hal Ehwal Islam

PETALING JAYA – Bersempena dengan bulan anti dadah yang disambut setiap Februari, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bekerjasama menganjurkan satu majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam di sini pada 13 Februari. Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin telah dijemput sebagai panel […]

Syor hukuman penjara 20 tahun kepada pemandu mabuk

PUTRAJAYA – Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih berat […]

Bahan bacaan digital tanpa sekatan antara cabaran tangani berita palsu

BANGI – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akui pengaruh digital yang ketika ini merupakan satu trend adalah antara cabaran dihadapi Putrajaya dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat. Mahathir berkata, berbeza dengan dahulu, arus digital kini begitu banyak bahan bacaan boleh diperoleh tanpa sekatan, hingga menjadi gelanggang untuk menyebarkan berita palsu dan kandungan yang merosakkan […]

Konvensyen Wanita Rahmah Negeri Sabah Sabtu ini

TAWAU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bakal menganjurkan Konvensyen Wanita Rahmah Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Masyarakat Tawau di sini pada 15 Februari ini (Sabtu). Program ini yang merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Tawau dan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana […]

COVID-19 : Dapatkan fakta daripada sumber sahih

KUALA LUMPUR – Penting bagi semua pihak mendapatkan kebenaran dan fakta daripada sumber yang sahih berhubung penularan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. “Setiap orang mesti bertanggungjawab apabila berkongsi maklumat dan lebih baik bagi kita untuk tidak berkongsi jika sumber dan kesahihannya diragui,” katanya dalam satu kenyataan pada 12 Februari. Dr […]

Malaysia negara pertama perkenalkan Rahmatan Lil Alamin

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjadi negara pertama memperkenalkan konsep Rahmatan Lil Alamin yang menekankan Islam sebagai agama rahmah dan memberikan kebaikan kepada semua. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata dasar itu perlu difahami dengan betul dan mendalam bagi mengelakkan pihak tertentu salah tafsir mengenai objektif konsep berkenaan. “Cabaran terbesar […]

Kunjungan PICOMS ke YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menjadi pilihan pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalin kerjasama khususnya dalam bidang pendidikan. Terbaharu, Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) pada 12 Februari telah berkunjung ke ibu pejabat YADIM di sini bagi meneroka peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak ini. Diketuai oleh Naib Canselornya, Prof […]

Kunjung Hormat KEMUDA ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

CYBERJAYA – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berkunjung ke Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia di sini pada 11 Februari. Ia antaranya bertujuan membincangkan berkaitan penubuhan Rakan Remaja YADIM (RRY) di sekolah berasrama penuh seluruh negara serta program Nadwah Kepimpinan Islam. Mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Syahrizal […]