Tapak perkuburan Islam baharu seluas 21 hektar di Nilai

SEREMBAN – Tapak perkuburan seluas 21 hektar telah disediakan untuk kegunaan umat Islam di Kampung Sungai Mahang, Batang Benar dekat Nilai di sini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, J. Arul Kumar berkata, tapak perkuburan itu disediakan oleh pemaju Bandar Baru Nilai (BBN) sebagai salah satu syarat dalam memajukan […]

Firma Bumiputera, Daihatsu bangunkan kereta nasional ke-3

CYBERJAYA – Penyedia teknologi inovatif dan penyelesaian, DreamEDGE Sdn Bhd, dipilih sebagai syarikat utama untuk projek kereta nasional baru, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking. DreamEDGE menurut beliau, akan mendapat sokongan daripada Daihatsu Motor Company dalam teknologi terkini. “Projek itu akan dibiayai swasta sepenuhnya tetapi syarikat layak untuk memohon geran daripada kerajaan,” katanya […]

Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital MMU – YADIM

PUTRAJAYA – Mesyuarat Koordinasi Pengurusan Bersama – Pelaksanaan Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital antara MMU dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) berjalan lancar, pagi semalam (8 Ogos). Ia bertujuan memanfaatkan teknologi kreatif multimedia digital di dalam menyampaikan mesej Rahmatan Lil Alamin yang berkesan, menarik, menekankan semangat kasih sayang, toleransi, prihatin, semangat kebersamaan dan harmoni inklusif kepada […]

Tulisan Jawi: YADIM sokong Kementerian Pendidikan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh usaha kerajaan memperkenalkan seni Khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun hadapan. Langkah itu disifatkan mampu memartabatkan tulisan Jawi dan seni Khat yang digunapakai oleh generasi dahulu, termasuk dalam urusan urusan rasmi kerajaan. Pihak yang merasa resah terhadap langkah Kementerian […]

Perkasakan tulisan Jawi

JANDA BAIK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setiap agensi di bawah beliau perlu memperkasakan tulisan jawi. “Tulisan jawi ini merupakan warisan Melayu dan perlu dipertahankan oleh setiap daripada kita,” kata beliau dalam sesi rumusan Retreat Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 […]

YADIM Kelantan usahakan Transformasi Orang Muda

TOK BALI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus giat melaksanakan pelbagai program dakwah untuk orang ramai apabila terkini menyantuni lebih 100 pelajar sekolah menengah di sini. Dengan menyasarkan para pelajar dari pelbagai latar belakang berisiko, mereka didedahkan dengan konsep Fastabiqul Khairat (mengejar kebaikan) menerusi program Transformasi Orang Muda : Kem Perkasa Aqidah di […]

Ceramah Islamofobia Dr Zakir Naik malam ini

KOTA BHARU – Penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik akan tampil menerusi Program Jelajah Dakwah di Stadium Sultan Muhammad IV, jam 9 malam ini. Pengarah program, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Dr Zakir akan memberikan ceramah bertajuk Islamofobia. “Ulasan yang akan disampaikan pastinya memberi manfaat kepada kepada penduduk dan negara. “Jemputan sama juga diberi […]

Retreat semakan untuk perkasa agensi agama

JANDA BAIK – Satu retreat (pemukiman) Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 kini berlangsung di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, di sini. Pemukiman tersebut yang bermula hari ini hingga 9 Ogos 2019, dihadiri oleh Ketua-ketua agensi, pengurusan tertinggi jabatan dan pengarah-pengarah agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri yang […]

Belanjawan 2020: Cadangan di laman web

PUTRAJAYA – Orang ramai dipelawa memberi cadangan bagi penyediaan input Belanjawan 2020 secara dalam talian di laman web khas, https://belanjawan2020.treasury.gov.my mulai 9 Ogos sehingga 11 September 2019. Belanjawan 2020 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Oktober depan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ini bagi membolehkan semua lapisan masyarakat turut terbabit mengemuka pandangan selaras dengan […]