Home » Citra Yadim » Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital MMU – YADIM

Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital MMU – YADIM

PUTRAJAYA – Mesyuarat Koordinasi Pengurusan Bersama – Pelaksanaan Projek Strategik Kreatif Multimedia Digital antara MMU dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) berjalan lancar, pagi semalam (8 Ogos).

Ia bertujuan memanfaatkan teknologi kreatif multimedia digital di dalam menyampaikan mesej Rahmatan Lil Alamin yang berkesan, menarik, menekankan semangat kasih sayang, toleransi, prihatin, semangat kebersamaan dan harmoni inklusif kepada pelbagai pihak komuniti merentas kaum, agama di negara ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dr. Muhamad Razak Idris, (Ahli Lembaga Pemegang Amanah) YADIM yang turut dihadiri oleh pelbagai Ketua, staf daripada pelbagai Unit, Bahagian YADIM.

Delegasi MMU yang terlibat termasuk Dr. Abdullah Sallehhuddin Abdullah Salim, Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) MMU, Puan Sri Kusumawati, Timbalan Dekan (HEP & Alumni), Faculty of Creative Multimedia (FCM), Dr. Tenku Putri Norishah, pensyarah (Interactive Digital Content Design) FCM, dan Tuan Muhammad Nizam Zainuddin, pensyarah Faculty of Management (FOM).
-Sumber : MMU

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *