Syarikat Malaysia bakal bangunkan penginapan jemaah haji di Makkah

PUTRAJAYA –  Sebuah syarikat pembinaan Malaysia, Olie Scape Holdings Sdn Bhd (OSH) akan terbabit dalam projek pembinaan penginapan bagi jemaah haji dari Asia Tenggara di Makkah. Pengerusi Kumpulan OSH, Datuk Shahoran Johan Ariffin, berkata projek penginapan dalam bentuk perbandaran itu dijangka mampu menampung sehingga 300,000 jemaah. “Projek ini masih dalam peringkat perbincangan, bagaimanapun pihak kerajaan […]

Rakyat Malaysia dipelawa sertai Tilawah Al-Quran, Azan Arab Saudi secara online

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia mempelawa peserta dari Malaysia menyertai Tilawah Al-Quran dan Azan yang akan diadakan secara online. Kedutaan itu, dalam kenyataan kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama pada Khamis, menyebut mereka yang berminat boleh mendaftar di https://quranathanawards.com. sehingga 18 Ogos. Menurut kenyataan itu, setakat ini lebih 21,000 peserta dari 162 negara […]

Ini bukan masa untuk mencari salah – Fuziah

MAKKAH – Ini bukan masa untuk menuding jari mencari salah dalam isu mengerjakan haji dengan visa Furada, sebaliknya jalan perlu dicari untuk memperoleh penyelesaian supaya masalah tidak berulang pada masa hadapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata beliau amat kesal perkara sedemikian terjadi kepada rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan haji, namun menjelaskan […]

QSR, YADIM Kongsi Rezeki untuk pelajar asnaf di Melaka

BUKIT PALAH – Sempena dengan Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka telah menyantuni 30 orang pelajar dari kalangan asnaf dalam satu majlis di Masjid Al Azim di sini pada 7 Ogos. Majlis yang dinamakan ‘Kongsi Rezeki 2019’ itu diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama […]

Seminar Menuju Negara Rahmah untuk wanita di Selangor

SHAH ALAM – Bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan sebuah seminar bertajuk ‘Menuju Negara Rahmah’. Program pada 6 Ogos ini, turut mendapat kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan PPAS. Seramai 200 peserta menghadiri seminar ini, yang terdiri daripada penyelia PWB Selangor […]

Hindar perbuatan khurafat sia-sia ketika ibadat masyair

MAKKAH – Perbuatan khurafat dilakukan jemaah haji di Tanah Suci terutama ketika ibadat Masyair adalah perbuatan sia-sia, sebaliknya mereka perlu mengamalkan doa kepada Allah, kata Pengarah Operasi (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah. Memberikan contoh, beliau berkata perbuatan khurafat seperti menanam wang untuk dijadikan ibu duit di Arafah bagi menambah rezeki adalah […]

Ibadah haji bukti Islam tolak keganasan

MEKAH – Ibadah haji yang merupakan perhimpunan terbesar umat Islam dari seluruh dunia menjadi bukti kesepakatan mereka peringkat antarabangsa. Presiden dan Ketua Masjid Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman bin Abdul Aziz Al Sudais berkata, ibadah haji adalah perhimpunan aman dan bukan tempat untuk demonstrasi. “Ia juga membuktikan Islam menolak keganasan,” katanya dalam […]

TH jaga kebajikan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah

MAKKAH – Sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini sejak jam 7 malam tadi (5 Ogos), selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari […]

Tiada cukai baharu dalam Belanjawan 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu termasuk cukai warisan dalam pembentangan Belanjawan 2020 nanti, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Tiada kemungkinan akan ada cukai baharu yang akan dilaksanakan, (ini kerana) kerajaan mahu melaksanakannya pada awal (tahun), bukan di pertengahan (tahun),” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai […]

Pastikan Rahmatan Lil Alamin difahami

BANGI – Komited jayakan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Demikian jaminan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz terhadap perjalanan dan gerak kerja badan dakwah ini. Menurut beliau, ia supaya gagasan berkenaan benar benar difahami oleh rakyat, termasuk oleh mereka yang bukan Islam, seperti yang dihasratkan oleh Perdana […]