Home » Langit Terbuka » Rakyat Malaysia dipelawa sertai Tilawah Al-Quran, Azan Arab Saudi secara online

Rakyat Malaysia dipelawa sertai Tilawah Al-Quran, Azan Arab Saudi secara online

Halaman muka laman web Tilawah Al-Quran dan Azan Arab Saudi secara online. - Foto quranathanawards.com

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Arab Saudi di Malaysia mempelawa peserta dari Malaysia menyertai Tilawah Al-Quran dan Azan yang akan diadakan secara online.

Kedutaan itu, dalam kenyataan kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama pada Khamis, menyebut mereka yang berminat boleh mendaftar di https://quranathanawards.com. sehingga 18 Ogos.

Menurut kenyataan itu, setakat ini lebih 21,000 peserta dari 162 negara telah memohon untuk menyertai dua pertandingan berprestij tersebut yang menawarkan hadiah bernilai US$1.9 juta kepada pemenang.

Dilancarkan awal tahun ini, pertandingan itu bertujuan menonjolkan kepelbagaian budaya dan meningkatkan imej Islam di peringkat antarabangsa.

Pertandingan itu akan dibahagikan kepada beberapa fasa iaitu penerimaan video yang dihantar oleh peserta ke laman sesawang anugerah bermula 22 Mei hingga 18 Ogos, dan peserta terpilih akan disenarai pendek mulai 19 Ogos hingga 19 Sept.

Fasa ketiga melibatkan persembahan secara langsung menerusi penstriman dari 20 Sept hingga 20 Okt manakala senarai pemenang akan diumum mulai 21 Okt hingga 21 Nov.

Pemenang Tilawah Al-Quran akan menerima hadiah wang tunai SR5 juta (US$3 juta) manakala pemenang Azan bakal membawa pulang SR2 juta (kira-kira US$533,000). – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *