Penyeragaman undang undang Syariah hujung 2020

AYER KEROH – Kerajaan mensasarkan untuk menyeragamkan Enakmen Jenayah Syariah di seluruh negara menjelang hujung tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf. Menurutnya, road map untuk tujuan itu sudah dibentangkan beliau dalam Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam baru baru ini. “Pada hujung 2020 kita ada sasaran untuk […]

Galak swasta bantu pusat tahfiz

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan menyeru pihak swasta untuk bersama dengan pusat tahfiz membawa kepelbagaian kemahiran termasuk pembangunan robotik. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, keperluan tersebut amat penting demi masa depan para pelajar yang belajar di situ. Menurutnya, ini kerana bidang matematik, sains dan teknologi, rekabentuk dan penguatkuasaan teknologi amat penting dikuasai. “Saya menggalakkan pihak […]

Kezaliman Israel perlu ditentang secara konsisten

PUTRAJAYA – Kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, khususnya di Gaza harus ditentang secara konsisten oleh masyarakat antarabangsa bagi memberikan tekanan berterusan terhadap rejim zionis itu agar menghentikan kekejaman mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, berkata tentangan perlu dilakukan secara berterusan kerana ia mencerminkan betapa negara […]

Tabung Bencana Palu terima sumbangan lebih RM760,000

PUTRAJAYA – Tabung Bencana Alam Fasa Kedua Palu (Pembinaan Masjid) hari ini (19 Julai) menerima sumbangan RM764,750.35 daripada agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu masyarakat Islam di Palu, Sulawesi Tengah, yang dilanda gempa bumi dan tsunami pada akhir tahun lalu. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan […]

Mufti nafi dakwaan kononnya Perlis sembahyang sembah bulan

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya Perlis menganjurkan solat sunat gerhana bulan pada Rabu lepas untuk menyembah bulan. Beliau berkata solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan Allah […]

Kumpulan pertama 474 jemaah haji kita sampai di Jeddah

MAKKAH – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia KT29 seramai 474 orang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah di sini pada 1.26 tengah hari waktu tempatan atau 6.25 petang waktu Malaysia, semalam (18 Julai). Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi satu kenyataan memberitahu, jemaah haji berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur […]

TH sedia khidmat pelanggan 24 jam di Makkah

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di sini dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah Rukun Islam kelima itu. Pengarah Operasi Makkah Tabung Haji, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata, jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan Tabung Haji, yang […]

OIC kutuk tindakan melampau Israel jajah Baitulmaqdis

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan rejim pengganas Israel di Baitulmaqdis, sekali gus menggesa dunia memboikot negara-negara yang telah memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke wilayah yang diduduki itu. Gesaan OIC itu dibuat susulan mesyuarat yang dihadiri menteri luar negeri setiap negara anggota di Jeddah, Arab Saudi semalam, berhubung isu pelanggaran Israel […]

Merakyatkan Maqasid Syariah

KUALA LUMPUR – Anggapan bahawa prinsip Maqasid Syariah yang dipraktikkan kerajaan ketika ini hanya teori semata mata akan dikupas dan diperhalusi dalam Konvensyen Nunji 2019 di Ayer Keroh, Melaka, Sabtu ini (20 Julai). Pengerusi Nunji, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, persoalan tersebut bakal diperincikan dan dijelaskan oleh tokoh yang mendalami mengenai prinsip dan konsep […]

Kerjasama pendidikan, isu isu wanita Mercy Mission Malaysia

PUTRAJAYA – Mercy Mission Malaysia, sebuah organisasi bebas yang mengangkat agenda pendidikan dan kebajikan berminat menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam beberapa bidang seperti kesukarelaan, isu isu wanita serta pendidikan. Hasrat berkenaan dinyatakan organisasi berkenaan dalam kunjung hormatnya ke YADIM hari ini (18 Julai) yang disertai oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Muhammad Fawwaz […]