Covid-19: Solat Jumaat tetap diteruskan

PUTRAJAYA – Solat Jumaat akan diteruskan di masjid seluruh negara meskipun terdapat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia selaras dengan Firman Allah SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib. “Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk […]

Jakim anjur solat hajat hari ini

PUTRAJAYA – Masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan solat hajat bagi memohon doa agar keadaan politik negara stabil serta keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini kekal. Ketua Pengarah Jakim Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat mulai hari ini akan diadakan di Masjid […]

Masjid Putra dibuka semula kepada pelawat

PUTRAJAYA – Masjid Putra di sini, yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus, dibuka semula pada kira-kira 2 petang pada 30 Januari. Jurucakap pengurusan masjid itu berkata, para petugas masjid akan mengamalkan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah keselamatan terhadap jangkitan koronavirus. “Sebelum […]

Suburkan peranan masjid 

KUALA LUMPUR – Usaha bagi menyuburkan peranan masjid terutama di kawasan kejiranan kediaman, dengan aspek penjagaannya dikaitkan dengan penduduk di sekitar kejiranannya, kata Putera Arab Saudi Sultan bin Salman bin Abdulaziz Al Saud. Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Abdullatif Al Forzan bagi Seni bina Masjid (AFAMA) berkata satu sistem seharusnya diwujudkan bagi […]

Sultan Nazrin ingatkan kariah masjid

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini (24 Oktober) mengingatkan ahli jawatankuasa kariah masjid atau penceramah yang diberikan tauliah supaya melepaskan jawatan sekiranya mereka mempunyai agenda dan cita-cita politik sehingga menyalahgunakan masjid. Baginda berkata individu-individu berkenaan hendaklah secara jujur, ikhlas, mulia lagi terhormat mengundur diri daripada bersifat gunting dalam lipatan dan melakukan aktiviti-aktiviti […]

Seratus masjid sebagai Pusat Pembangunan Umat terbaik 2024

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan 100 masjid di negeri ini dijadikan sebagai Pusat Pembangunan Umat Terbaik menjelang 2024. Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun berkata untuk merealisasikan matlamat tersebut, kerajaan negeri menyasarkan tujuh inisiatif perlu dicapai bagi menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan tersebut. “Antara yang perlu diberi keutamaan adalah meningkatkan jumlah mereka (masyarakat) yang […]

Imam, bilal dilarang berpolitik

PONTIAN – Imam, bilal dan ahli jawatankuasa masjid serta surau di negeri ini sekali lagi diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti politik termasuk yang membabitkan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, larangan itu termaktub di bawah Enakmen Jabatan Agama Islam Negeri Johor. “Saya […]

Kembalikan fungsi asal masjid

IPOH – Kerajaan amat berharap semua jawatankuasa masjid seluruh negara berusaha mewujudkan program yang dapat mengimarahkan masjid masing-masing serta mengembalikan peranannya sebagaimana yang sepatutnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf berkata, sejarah Islam membuktikan bahawa masjid merupakan institusi penting yang bukan sekadar untuk bersolat dan iktikaf sahaja. “Masjid juga menjadi […]

Masjid Al-Azhar

Al-Azhar merupakan masjid (jami) pertama yang telah didirikan di bandar Kaherah. Ianya telah diasaskan oleh Jauhar Saqli untuk dijadikan tempat bermastatutin bagi Kerajaan Fatimiyyah. Jauhar mula mendirikan masjid ini pada hari Sabtu, 24 Jamadilawal 359H, (4 April 970M). Setelah selesai dibina ianya telah dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 361H, (Jun 978M). Pada hari pembukaan […]

Bekas gangster kongsi kisah temu ‘Adam’ sebelum peluk Islam

SEORANG – bekas ahli kumpulan kongsi gelap tidak menyangka pertemuannya dengan seorang individu bernama ‘Adam’ di sebuah masjid, di Alor Setar ‘membuka jalan’ untuknya memeluk Islam biarpun sebelum ini tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian. Abdul Rahman Abdullah, 38, atau nama asalnya Chee Yin Wei berkata pertemuan singkat yang tidak dijangka itu berlaku sekitar Julai […]