Home » Citra Yadim » Karnival Merdeka Kayuhan Keselamatan Keluarga Malaysia

Karnival Merdeka Kayuhan Keselamatan Keluarga Malaysia

PASIR PUTEH – Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, YADIM Kelantan telah terlibat menganjurkan Karnival Merdeka Kayuhan Keselamatan Keluarga Malaysia pada 15 September.

Seramai 230 peserta menyertai program kayuhan sejauh 8 kilometer ini, yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Selising.

Turut sama menjayakan ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Selising, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja, Sekolah Menengah Bukit Jawa dan Bukit Tanah Cycling Club.

Selain mengayuh basikal, pengisian lain program termasuklah sukan rakyat melibatkan 200 pelajar, lontaran bola jaring, cabutan bertuah dan taklimat dasar keselamatan negara oleh pegawai MKN Kelantan.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh ADUN Selising, Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, ADUN Selising.

Turut hadir ialah Pengarah MKN Kelantan, Haji Jefny Muhamad, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, YM Haji Tuan Silmi Tuan Ismail dan Penyelaras program Merangkap Guru Kanan Sains Sosial SMK Selising, YM Hj Tuan Abdullah Sanusi Tuan Ismail.

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *