RSY Perak Santuni Anak-Anak Yatim

IPOH – Anak – anak yatim Yayasan Annur Maisarah, Chemor di sini telah dikunjungi oleh Rakan Siswa YADIM (RSY) Perak dalam program Konvoi Kongsi Rezeki pada 11 September lalu. Program yang disertai oleh 13 orang pimpinan RSY Perak serta 39 orang ahli RSY Politeknik Ungku Omar itu turut melibatkan 12 orang ahli Kelab Belia Al-Fateh, […]

Bengkel Task Force Majlis Tadbir Kerohanian dan Moral IPG-KPM dan YADIM.

IPOH – Bengkel Task Force Majlis Tadbir Kerohanian dan Moral (MTKM) Institut Pendidikan Guru (IPG) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM di IPG Hulu Kinta, Ipoh telah berlangsung pada 30 Ogos. Agenda utama sepanjang bengkel tersebut adalah merangka plan pembangunan tiga tahun Rakan Siswa YADIM (RSY) di seluruh IPG merangkumi […]

Edaran Bubur Asyura Masjid Saidina Bilal Ar Rabah

SUNGAI PETANI – Sempena akhir bulan Muharam YADIM Kedah telah mengadakan program memasak Bubur Asyura dan dakwah jalanan (Street Dakwah) pada 28 Ogos 2022 di sini. Program YADIM Peduli & Street Dakwah ini bertempat di Masjid Saidina Bilal Ar Rabah selain acara edaran bendera Malaysia dan stiker Jom ke Masjid kepada penduduk di tiga mukim […]

Program Kebitaraan Mahasiswa Islam (KAMI) 2.0

KUCHING – Dengan objektif melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai idealisme Islam dalam diri, Program Kebitaraan Mahasiswa Islam (KAMI) 2.0 telah berlangsung di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) pada 27 Ogos. Seramai 75 peserta dari kalangan pelajar semester 1 IKMAS menyertai program ini. Ia dirasmikan oleh Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Encik Shahrizal Mat dan […]

Cuci Cuci di Kampung Nering

BALING – Sukarelawan YADIM Baling, Sungai Petani dan Pendang pada 7 Julai turun padang ke Kampung Nering, Baling bagi membantu mencuci kediaman penduduk yang dilanda banjir dalam bencana yang melanda daerah berkenaan baru baru ini. Ia turut  disertai oleh Rakan Siswa YADIM Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Secara keseluruhan, seramai 40 ejen […]

Semarak Keluarga Malaysia RSY himpun peserta majmuk pelbagai kaum

KAJANG – Program Semarak Keluarga Malaysia anjuran Rakan Siswa YADIM di sini pada 26 Jun telah berjaya menghimpunkan lebih 350 peserta daripada pelbagai latar belakang. Selain pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menjadi lokasi program, ia turut disertai oleh peserta luar termasuk yang bukan Muslim. Program ini juga diselaraskan oleh Pengarahnya yang bukan […]

Tahsin Ibadah Sembelihan YADIM Kedah di Kampung Komoi

SUNGAI PETANI – Penyampaian dakwah bukan semata mata dengan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, namun sebaiknya ia juga diisi dengan ilmu sebagai panduan hidup. Langkah inilah yang dilaksanakan YADIM dalam melestari gerakan dakwah. Sesuai dengan itu, YADIM Kedah pada 28 Mei telah mengadakan program YADIM Interaktif – Tahsin Ibadah Sembelihan kepada belia dan penduduk sekitar […]

Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif

KOTA KINABALU – Wisma Majlis Ugama Islam Sabah menjadi lokasi Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Negeri Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 21 Mei. Menghimpunkan agen agen dakwah YADIM dari seluruh Sabah, terutamanya dari kalangan generasi muda, ia menjadi platform membincangkan pelbagai aspek dakwah termasuklah inisiatif memperkasakannya untuk […]

Rakan Siswa YADIM Hidupkan Ramadan Negeri Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Aktiviti mengimarahkan Ramadan di negeri ini oleh YADIM terus rancak menjelang hari hari terakhir Ramadan. Pada 23 hingga 24 April lalu, telah diadakan program Rakan Siswa YADIM (RSY) Hidupkan Ramadan Negeri Pulau Pinang di Masjid Kariah Seri Ampangan di sini. Seramai 35 ahli RSY menyertai program ini selain pelajar pelajar dari institusi […]

RSY Kedah santuni asnaf, kelas solat dan dakwah jalanan.

SUNGAI PETANI – Program terkini Rakan Siswa YADIM Hidupkan Ramadan (RHR) berlangsung pada 21 hingga 23 April di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya di sini. Ia telah berjaya menyantuni 20 keluarga asnaf menerusi sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, bihun dan tin susu adalah hasil kutipan sumbangan orang ramai termasuklah syarikat Mudim […]