Kelantan benar solat Jumaat, fardu dengan jumlah terhad

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat dan fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini dilaksanakan secara terkawal, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu berkuat kuasa bermula 21 […]

Perak benar solat Jumaat dan fardu di zon hijau, kuning

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan agar solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau dalam zon hijau dan kuning di Perak dibenarkan mengikut had kapasiti ruang utama dewan solat bermula hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul […]

Terengganu benarkan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, jemaah diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz masjid. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan […]

Solat Jumaat diperluas 1/3 kapasiti dewan bagi zon hijau, kuning di WP

PETALING JAYA – Jumlah solat Jumaat diperluaskan sehingga 1/3 daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau bagi zon hijau dan kuning di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Sebelum ini, jumlah jemaah ditetapkan tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat […]

Warga asing boleh solat di masjid, kedai buka sampai 2 pagi

KUALA LUMPUR – Warga asing kini dibenarkan untuk melaksanakan ibadat di masjid dan rumah-rumah ibadat diagama lain dengan syarat mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan. Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga membenarkan waktu operasi premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka telah ditetapkan sebelum […]

Warga asing dibenar solat jemaah di masjid bermula 1 September

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada rakyat negara asing beragama Islam untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini. Kebenaran berkenaan berkuat kuasa 1 September depan dan ia turut terpakai di surau-surau […]

COVID-19: Perlis tutup 12 masjid

ARAU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua 12 buah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan kawasan berdekatan ditutup mulai hari ini sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penutupan masjid itu dilakukan berikutan berulangnya penularan wabak COVID-19 […]

Selangor benarkan solat sunat Aidiladha dengan penjarakan 1.5 meter

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan solat sunat Aidiladha diadakan di semua masjid dan surau negeri dengan kaedah jemaah secara terbuka (first come, first serve) sehingga memenuhi kapasiti sebenar ruang solat dan mematuhii penjarakan sosial 1.5 meter. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi kenyataan berkata hanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz […]

Pekerja asing di Melaka dibenar tunai solat Aidiladha di premis

MELAKA – Pekerja warga asing di negeri ini dibenarkan melaksana solat sunat Aidiladha sesama mereka dalam kawasan premis masing-masing namun perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata majikan yang menggaji warga asing boleh mengemukakan permohonan berhubung perkara itu kepada Jabatan Mufti Melaka […]

Perlis benar jemaah bawah umur 18 tahun di masjid

ARAU – Perlis membenarkan individu berumur 18 tahun ke bawah menyertai solat berjemaah di semua masjid di negeri itu, berkuat kuasa serta-merta. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran itu mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat perkembangan positif situasi semasa wabak COVID-19. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) […]