Home » Langit Terbuka » Warga asing boleh solat di masjid, kedai buka sampai 2 pagi

Warga asing boleh solat di masjid, kedai buka sampai 2 pagi

Warga asing kini dibenarkan menunaikan solat di masjid asalkan mematuhi SOP- Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Warga asing kini dibenarkan untuk melaksanakan ibadat di masjid dan rumah-rumah ibadat diagama lain dengan syarat mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga membenarkan waktu operasi premis perniagaan termasuk kedai makan dan kedai serbaneka telah ditetapkan sebelum ini sehingga jam 12 malam sahaja dilanjutkan hingga jam 2 pagi.

Menurutnya, kelulusan itu dibenarkan selepas terdapat rungutan dalam kalangan peniaga khususnya di kawasan pelancongan.

Bagaimanapun, kebenaran itu tidak membabitkan pusat-pusat hiburan.

Ditanya mengenai permintaan supaya premis-premis sukan dan rekreasi dibenarkan dibuka melebihi jam 12 malam, Ismail Sabri berkata, perkara itu akan dirujuk dalam mesyuarat nanti.

Walaupun pada dasarnya permintaan itu tiada halangan tetapi perkara itu perlu diputuskan oleh MKN. – Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *