Musaadah Covid 19 2.0 YADIM Negeri Johor

TANGKAK – Dengan kerjasama Kelab Kebajikan Sayang Ledang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 21 Mac telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf daerah ini. Sebanyak 100 keluarga disantuni dalam program Musaadah Covid-19 2.0 YADIM Negeri Johor ini. Hadir menyampaikan sumbangan bagi pihak YADIM Johor ialah pengarahnya, Muhamad Ammar Abdullah. Kelab Kebajikan Sayang […]

Ini rumah ?

PASIR PUTEH – Betulkah ada orang tinggal di sini ? Itu yang pertama terfikir sebaik sampai di kediaman Puan Rose Monaliza Ramli di sini. Dari kejauhan boleh dilihat rumah dua tingkat itu….tetapi kelihatannya ia belum siap dan terbengkalai. Menurut Rose Monaliza, dia sebelum ini tinggal di rumah itu, namun kemudiannya terpaksa menumpang di kediaman anak […]

Sumbangan untuk anak yatim dan ibu tunggal dari Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG – Minggu ini Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat melaksanakan program menyantuni masyarakatnya di dua lokasi. Program pertama diadakan di sekitar Dewan Undangan Negeri Sijangkang apabila dua keluarga miskin menerima sumbangan barangan keperluan harian. Turut disantuni ialah Rumah Anak Anak Yatim Sijangkang yang juga menerima barangan keperluan harian. Program kemudiannya diteruskan di  […]

Sumbangan Kepada Mualaf Orang Asli Pulau Carey

PULAU CAREY- Pada 28 Februari, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat telah melaksanakan program menyantuni Mualaf Orang Asli di pulau ini. Sebanyak tiga perkampungan di sini dikunjungi iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Kampung Sungai Rambai dan Kampung Sungai Kurau Pulau Carey. Di lokasi pertama iaitu Kampung Melayu Pulau Carey, Sukarelawan YADIM Kuala Langat […]

Santuni warga emas di Labohan Dagang

LABOHAN DAGANG – Empat warga emas di kawasan ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan wang  tunai daripada Sukarelawan Yayasan dDakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat pada 27 Februari. Mereka yang disantuni terdiri daripada pesakit kronik dan warga emas di kampung ini. Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Hasmawi Mahidin serta ahli […]

Keuzuran Rocky Din dapat perhatian Sukarelawan YADIM

BUTTERWORTH – Keuzuran seniman era 60-an yang juga penyanyi lagu Marilah Mengundi, Rocky Din mendapat perhatian Sukarelawan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Dalam kunjungan ke kediaman Rocky atau nama sebenarnya, Mohd Hashim Sharif, 72, di Bagan Belat, Teluk Air Tawar, di sini, Sukarelawan YADIM simpati dengan artis veteran berkenaan yang pernah mengharumkan nama negara dengan lagu patriotik. […]

Sumbangan untuk warga emas dan pesakit kanser

SIJANGKANG – Istiqamah dalam menyantuni masyarakat. Demikian yang boleh disimpulkan terhadap usaha menyantuni masyarakat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat. Meskipun dalam skala kecil, namun program yang dilaksanakan kekal konsisten sepanjang masa. Terbaharu pada 13 Februari, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kanser usus tahap empat di sini serta dua warga […]

Sukarelawan YADIM Terengganu bantu usaha nyahkuman

SETIU – “Di mana sahaja ada ruang dakwah, di situ ada Sukarelawan YADIM,” itu ungkapan Ketua Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Alor Damat, Saiful Imran Mamat yang mengetuai tiga anggota pasukan itu dalam program nyahkuman di sini pada 3 Februari. Sukarelawan YADIM menurut Saiful Imran terlibat sebagai salah satu usaha membantu petugas barisan hadapan […]

Ziarah Mualaf Orang Asli Bukit Tadom oleh Sukarelawan YADIM Kuala Langat

BANTING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat kekal aktif dengan program menyantuni pelbagai lapisan masyarakat mereka. Terbaharu pada 6 Disember, mereka menyampaikan sumbangan kepada 8 buah keluarga mualaf Orang Asli di Bukit Tadom, di sini yang dikenal pasti memerlukan. Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian untuk meringankan beban mereka. Program ini diketuai […]

YADIM Peduli di Bakar Arang

BAKAR ARANG – Bertempat di Taman Baiduri di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Kasih pada 5 Disember. Sebanyak 30 keluarga yang terdiri daripada asnaf dan pesakit kronik di kawasan tersebut menerima sumbangan daripada YADIM Kedah. Program ini diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Sungai Petani. Sumbangan disampaikan sendiri […]