Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk warga emas dan pesakit kanser

Sumbangan untuk warga emas dan pesakit kanser

SIJANGKANG – Istiqamah dalam menyantuni masyarakat.

Demikian yang boleh disimpulkan terhadap usaha menyantuni masyarakat oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat.

Meskipun dalam skala kecil, namun program yang dilaksanakan kekal konsisten sepanjang masa.

Terbaharu pada 13 Februari, mereka telah menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kanser usus tahap empat di sini serta dua warga emas di Kampung Medan.

Diketuai oleh Pengerusinya, Hasmawi Mahidin, mereka telah menyampaikan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai.

Sebelum ini, Sukarelawan YADIM Kuala Langat juga aktif menyantuni pelbagai lapisan masyarakat seperti warga emas, pesakit kronik, Orang Asli, mualaf, Orang Kelainan Upaya dan sebagainya di seluruh Kuala Langat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *