Home » Citra Yadim » Ini rumah ?

Ini rumah ?

PASIR PUTEH – Betulkah ada orang tinggal di sini ? Itu yang pertama terfikir sebaik sampai di kediaman Puan Rose Monaliza Ramli di sini.

Dari kejauhan boleh dilihat rumah dua tingkat itu….tetapi kelihatannya ia belum siap dan terbengkalai.

Menurut Rose Monaliza, dia sebelum ini tinggal di rumah itu, namun kemudiannya terpaksa menumpang di kediaman anak saudaranya setelah kediamannya itu terbakar pada malam Aidilfitri 2014.

Tinjauan ke rumah tersebut di Kampung Gaal tengah di sini pada 18 Mac, mendapati ia masih mempunyai sisa perabot dan dapur tinggalan sebelum itu dan kesan kesan terbakar.

Di sebalik cabaran ini, Rose Monaliza merupakan Ahli Jawatankuasa Induk Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan yang cukup gigih membantu orang lain yang memerlukan.

Wanita ini kerap menghadiri program kebajikan dan berusaha menyampaikan bantuan kepada sesiapa yang ditimpa kesulitan.
Sikapnya yang mengutamakan kesejahteraan orang lain walaupun dirinya sendiri hakikatnya juga memerlukan bantuan sangat terpuji dan diakui rakan sepasukan Sukarelawan YADIM.

Wanita ini juga perlu membahagikan masanya untuk menjaga suaminya, Mat Rahim Saad yang kini sukar bergerak akibat diserang angin ahmar pada 2015.

Hadir meninjau kediaman Rose Monaliza ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

YADIM Kelantan bercadang untuk membantu wanita ini menerusi program Isáadul Usrah bagi membantu serba yang termampu untuk membaiki kediamannya dalam masa terdekat.

Bagi membantu meringankan bebannya ketika ini, set barangan keperluan harian juga telah disampaikan kepadanya.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *