YADIM Peduli dengan kerjasama MACMA Perlis

ARAU – Bertempat di Kampung Kubang Lintah di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis telah melaksanakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Seramai 10 asnaf yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni dalam program ini yang dilaksanakan pada 9 Februari. YADIM Perlis dan MACMA juga menyampaikan sumbangan kepada  lima […]

Hari kedua Konvoi Kebajikan YADIM – RTM

KUDAT – Selepas menyantuni komuniti Dusun Bonggi di Pulau Banggi, para peserta Konvoi Kebajikan YADIM – RTM pada 9 Februari telah berkunjung ke Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah  di sini. Pusat tersebut menempatkan seramai 20 anak anak yatim yang memerlukan pembelaan. YADIM telah menyampaikan sejumlah barangan keperluan harian bagi menyantuni para penghuninya. Para peserta rombongan […]

“Saya terima apa saja…”

NIBONG TEBAL – Hati ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baharu dilahirkan berterusan tidak sihat. Mengalami sawan ketika berusia empat bulan, Adam Alif, 10 bulan kini mengalami masalah di bahagian otak serta tidak dapat melihat selain berkemungkinan diserang sawan pada bila bila masa. Ibunya, Iffah Fuzana Jesni hanya bekerja di warung goreng pisang […]

YADIM Peduli di Kampung Simpang Tiga, Kampung Sungai Batu dan Sungai Lumut

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak pada 7 Februari telah melaksanakan Program Yadim Peduli untuk mangsa banjir dan asnaf hari ini di dua lokasi. Seramai 5 orang kakitangan terlibat iaitu Penolong Pengarah YADIM Sarawak dan empat Sukarelawan YADIM Sarawak. Lokasi pertama program ialah Kampung Simpang Tiga di sini. Di lokasi ini, YADIM Sarawak […]

Sumbangan Telekung Dan Pakaian Kepada Orang Asli Kampung Sungai Mas

SUNGAI LEMBING – Sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin dengan Orang Asli Kampung Sungai Mas, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pahang pada 8 Februari menyampaikan sumbangan telekung dan pakaian terpakai yang masih elok kepada penduduknya. Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil penduduk yang dikenali sebagai Pak Abu, yang banyak membantu program-program  YADIM di sana sebelum ini. […]

YADIM Peduli Parlimen Bagan.

BAGAN – Sikit tanda ingat, banyak tanda ada. Mungkin tidak akan menyelesaikan semua masalah, namun sedikit sebanyak diharap mampu meringankan beban. Pemberian sumbangan kami tidaklah banyak jumlahnya, namun InsyaAllah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan konsisten menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 6 Februari, sebaik selesai menyantuni Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik di kawasan Padang […]

Sumbangan Sukarelawan YADIM Kuala Langat di Batu 9 Kampung Medan

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat konsisten menyantuni kelompok masyarakat yang memerlukan. Menerusi program menyantuni rakyat mereka pada 5 Februari, sebanyak 10 keluarga di Kampung Medan di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Sepuluh keluarga yang terlibat adalah warga emas, pesakit kronik serta ibu tunggal. […]

Tak viral, tak dapat bantuan? ‘Log out’ dan lihat sekeliling – Dr Zulkifli

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta orang ramai tidak cepat menuduh atau beranggapan pusat zakat tidak memainkan peranan sepatutnya. Dalam beberapa kemas kini di Twitter, beliau menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial semata-mata. “Di Wilayah […]

Dua beradik mualaf kesempitan dibantu YADIM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Kisah tular dua beradik mualaf di Taman Machang Bubok di sini yang hidup dalam kesempitan segera mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 4 Februari. Abdul Rahman Lim dan Abdul Rahim Lim terpaksa mengikat perut ekoran kekurangan wang dan kerap kali hanya makan biskut kering atau mee segera. Keduanya […]

YADIM Kedah santuni nelayan Tanjung Dawai

MERBOK  – Tanjung Dawai di Kedah merupakan sebuah kawasan yang majoriti penduduknya adalah nelayan. Sebahagian daripada mereka ini merupakan golongan B40. Peka dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut. Sebanyak 50 kit bantuan yang mengandungai barangan keperluan asas telah diserahkan kepada Ketua Unit […]