14 keluarga mangsa kebakaran disantuni YADIM Sabah

KINABATANGAN – Seramai 14 buah keluarga dari Kampung Paris III di sini yang menjadi mangsa kebakaran pada hujung tahun lepas, menerima bantuan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 11 Mac. Sumbangan wang tunai berkenaan disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki dalam satu majlis ringkas di sini. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Pejabat […]

YADIM Johor santuni asnaf Parit Yaani

BATU PAHAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 31 Januari telah menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Parit Yaani di sini. Sumbangan barangan keperluan dapur itu disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz dalam program Ziarah Asnaf. Hadir sama ialah […]

34 asnaf terima sumbangan YADIM Kedah

ALOR SETAR – Seramai 34 keluarga asnaf terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah, dalam program Karnival Rahmah Kedah. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawataakuasa Agama, Kesihatan, Luar Bandar dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Yang Berhormat Dato Dr Ismail Salleh dalam satu majlis di sini pada 30 Januari. Kesemua penduduk […]

Tolak sikap pelampau agama, perkauman

RANTAU PANJANG – Sikap pelampau agama dan sentimen perkauman perlu ditolak kerana perkara itu boleh merosakkan keharmonian serta hubungan antara kaum yang telah lama terbentuk di negara ini. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut amat tepat kerana pembinaan Malaysia berasaskan kepada jalinan kerjasama antara kaum. “Perkara […]

50 keluarga disantuni YADIM di Selising

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tanpa henti, terus menyantuni golongan kurang bernasib baik di daerah ini menerusi program program ziarah rahmah mereka. Menerusi program berkenaan pada 18 Januari, sebanyak 50 keluarga orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kelantan. Bermula jam 10 […]

Sumbangan untuk Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah

BEDONG – Kompleks Pengajian Tahfiz Ahmadiah pada 11 Disember telah menerima sumbangan untuk pelajarnya daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Seramai 25 pelajar anak yatim di pusat tahfiz tersebut telah disantuni menerusi pemberian alat tulis dan makanan yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin. Penyampaian sumbangan ini adalah sempena […]

SAR Miri santuni 60 keluarga

Niah – Sebanyak 60 keluarga di sini disantuni oleh Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Miri menerusi program YADIM Peduli: Khidmat Bakti & Ziarah Rahmah. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak ini, selain mendapat kerjasama Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM) dan SAR Miri, turut disertai oleh Persatuan Melayu Miri Sarawak. Antara yang hadir termasuklah […]

Jadikan waqaf satu ‘jenama dalam keluarga’

KUALA LUMPUR – Demi menggalakkan sumbangan masyarakat, kerajaan akan menjadikan istilah ‘Waqaf’ satu ‘Jenama dalam Keluarga’ hingga terterap dalam minda setiap institusi keluarga. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Saleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak yang masih muda hingga masyarakat akhirnya akan terbiasa dengan platform amal, dengan itu […]

Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)

Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan mula bersekolah di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika usianya 12 tahun. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami pengajian Arab […]

YADIM santuni mangsa kebakaran Tahfiz Jabal Nur

SEMELING – Pada kira kira jam 4.40 pagi, 15 Ogos lepas, Pusat Tahfiz Jabal Nur di sini ditimpa musibah apabila telah berlaku kebakaran yang menyebabkan asrama perempuannya hampir musnah sama sekali. Antara yang gagal diselamatkan termasuklah bangunan asrama berkenaan serta perabot dan 40 set katil. Kebakaran premis turut menjejaskan ruang belajar pelajar dan bilik rehat. […]