Home » Lagenda » Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)

Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)

Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan mula bersekolah di Sekolah Melayu Batu Kikir ketika usianya 12 tahun.

Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami pengajian Arab dan Islam. Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul’s Institution dan lulus peperiksaan Senior Cambridge (1915). Sewaktu menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, Universiti London, beliau diberi peluang untuk mengambil ijazah.
Pada tahun 1953, beliau telah berjaya memperoleh Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab).


Pada tahun 1953, beliau telah berjaya memperoleh Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab).

Pada tahun 1916 Za’ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bharu. Rencana pertamanya adalah berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za’ba adalah keupayaannya dalam mengabungkan kesemua aspek dari Bahasa, kesusasteraa, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya.

Beliau turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Walaupun aktiviti penulisannya ditahan namun beliau tetap aktif.

Sewaktu beliau berkhidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Za’ba telah menumpukan usahanya bagi menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.

Ketika di Tanjong Malim juga, Majalah Guru dan Al-Ikhwan telah diterbitkan. Za’ba turut menyumbangkan hasil tulisan, termasuk karya terjemahan beliau dalam kedua-dua majalah tersebut sehingga tahun 1931.
Beliau kemudian telahpun meneruskan kerjaya penulisannya yakni menulis rencana bercorak agama untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, buku Umbi Kemajuan telah diterbitkan pada tahun 1932.


Beliau kemudian telahpun meneruskan kerjaya penulisannya yakni menulis rencana bercorak agama untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, buku Umbi Kemajuan telah diterbitkan pada tahun 1932.

Za’ba merupakan anak Melayu yang tidak jemu-jemu mengabdikan dirinya dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Karya beliau yang terkenal ialah Pelita Bahasa Melayu, sebuah kitab rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mempelajari bahasa Melayu.

Beliau juga berjaya menghasilkan buku tatabahasa berjudul Ilmu Mengarang Melayu. Kedua-dua karya tersebut telah dijadikan buku teks sekolah sehingga selepas Perang Dunia Kedua. Dalam pada itu, Daftar Ejaan Jawi/Rumi merupakan sebuah lagi hasil karya terpenting Za’ba.
Beliau turut menulis dalam Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JAMBRAS) dalam usaha beliau memperkenalkan bahasa Melayu kepada orang asing.


Beliau turut menulis dalam Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JAMBRAS) dalam usaha beliau memperkenalkan bahasa Melayu kepada orang asing.

Za’ba tidak hanya menumpukan minatnya terhadap bidang bahasa dan persuratan Melayu, malah tulisan beliau melangkaui bidang lain seperti ekonomi, agama dan sikap orang Melayu sendiri. Beliau menulis tentang kemiskinan dan menyentuh mengenai cara mengatasi ekonomi masyarakat Melayu ketika itu.

Di sinilah terletaknya ketegasan dan kebolehan beliau sebagai seorang nasionalis. Selain itu, Za’ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Beliau pernah menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya tahun 1937, dan dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1945. Manakala pada tahun 1953, beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Bersama-sama Ungku Aziz, beliau mengatur pembentukan Pertubuhan Bahasa Pelajar dan dua tahun kemudian beliau menubuhkan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM).


Bersama-sama Ungku Aziz, beliau mengatur pembentukan Pertubuhan Bahasa Pelajar dan dua tahun kemudian beliau menubuhkan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBUM).

Beliau menerima gelaran “Pendeta” secara rasmi pada tahun 1956 ketika berlangsungnya Kongres Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru. Hasil titik peluh yang dicurahkan dalam kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan bahasa Melayu di puncak persada tanpa mengharap apa-apa balasan.

Malahan, beliau pernah menolak anugerah bintang penghormatan Pingat Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Dato’, dan bintang kebesaran dari negara Brunei Darussalam. Bagaimanapun, pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju menerima Pingat Bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran “Tan Sri” daripada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
Pada tahun 1973 pula, Za’ba memperoleh Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Pada tahun 1973 pula, Za’ba memperoleh Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sumbangan beliau kepada tanah air amatlah besar ertinya. Beliau bertanggungjawab dalam merancang kurikulum sekolah, juga berperanan sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya ketika itu dan juga Sumatera.

Za’ba merupakan sumber ilham dalam dunia pendidikan Melayu dan Arab. Beliau sebagai pemangkin bagi pendidikan orang-orang Melayu ketika zamannya. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

Sumber/Rujukan: Arkib Negara Malaysia

Nurul Ain Mohd Shukri ialah pelajar latihan industri dari Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *