Home » Citra Yadim » YADIM santuni mangsa kebakaran Tahfiz Jabal Nur

YADIM santuni mangsa kebakaran Tahfiz Jabal Nur

SEMELING – Pada kira kira jam 4.40 pagi, 15 Ogos lepas, Pusat Tahfiz Jabal Nur di sini ditimpa musibah apabila telah berlaku kebakaran yang menyebabkan asrama perempuannya hampir musnah sama sekali.

Antara yang gagal diselamatkan termasuklah bangunan asrama berkenaan serta perabot dan 40 set katil. Kebakaran premis turut menjejaskan ruang belajar pelajar dan bilik rehat.

Bagaimapun, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian malang ini kerana kesemua penghuninya pulang bercuti.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 6 Oktober lalu telah menziarahi pusat tahfiz berkenaan bagi menyampaikan sedikit sumbangan daripada orang ramai serta badan bukan kerajaan.

Mewakili YADIM Kedah pada kunjungan itu ialah Mohd Irfan Shaffik Mohd Idris, selain turut disertai oleh wakil Pertubuhan Kebajikan Ekonomi Masyarakat (PERKEM) Kedah.

Sumbangan disampaikan kepada pengasas maahad tahfiz tersebut, Ustaz Sani Ashaari dan Pengetua, Ustazah Zarina Masri.

Mohd Irfan Shaffik dan wakil PERKEM meluangkan masa selama dua jam di pusat tahfiz berkenaan.

Pusat Tahfiz Jabal Nur mempunyai lebih 40 pelajar, jumlah kerugian akibat kejadian dianggarkan RM400,000.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *