Penglibatan NGO kuasa penting bantu ekonomi negara, kata Pengerusi Mawar

BANGI – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) YADIM menyifatkan sumbangan wanita dalam badan bukan kerajaan (NGO) sebagai peranan terpenting yang membantu membangunkan sosial ekonomi negara dan menggerakkan masyarakat ke arah yang lebih baik. Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim menyifatkan kuasa wanita dan kuasa NGO sebagai dua kumpulan yang mempunyai bakat besar yang terbukti sehingga kini […]

Manfaat kerjasama antara agensi

BANGI – Majlis Perundingan Wanita Rahmah – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR-YADIM) diseru supaya memanfaatkan peluang kerjasama yang wujud antara agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Fuziah Salleh berkata, setiap agensi agensi di bawah JPM mempunyai aset dan kekuatan masing masing yang seharusnya boleh dikongsikan […]

Program Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga untuk wanita Tumpat

TUMPAT – Sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah menganjurkan sebuah program khusus untuk kesedaran wanita tentang keganasan. Program bertajuk Merdekakan Dirimu: Hentikan Keganasan Rumah Tangga diadakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) dan Pertubuhan Cakna Rakyat Tumpat Kelantan pada 31 Ogos. Seramai 150 peserta dari masyarakat […]

Kerjasama pendidikan, isu isu wanita Mercy Mission Malaysia

PUTRAJAYA – Mercy Mission Malaysia, sebuah organisasi bebas yang mengangkat agenda pendidikan dan kebajikan berminat menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam beberapa bidang seperti kesukarelaan, isu isu wanita serta pendidikan. Hasrat berkenaan dinyatakan organisasi berkenaan dalam kunjung hormatnya ke YADIM hari ini (18 Julai) yang disertai oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Muhammad Fawwaz […]

Roselindawati Ketua Pengarah wanita pertama JaPen

PUTRAJAYA – Roselindawati Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam. Roselindawati, 58, wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu sejak penubuhan Jabatan Penerangan (JaPen) pada 1945, mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi strategik, demikian menurut JaPen dalam satu kenyataan hari ini. Pemegang Sarjana dalam bidang Penyiaran, […]

MPWIM ajak penghuni fokus ibadah

KAJANG – Tirai besi bukan penghujung sebuah kehidupan, sebaliknya bagaikan sebuah ‘institusi kehidupan’ untuk seseorang itu bangkit dari kejatuhan, penyesalan dan dosa, serta tidak mengulangi lagi kesalahan lampau. Menurut Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Hafidzah Mustakim, kehidupan di sebalik tembok pemisah itu, bukanlah semata denda […]

Tengku Maimun wanita pertama dilantik Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini (2 Mei) berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai Ketua Hakim Negara […]

Wanita New Zealand berhijab hari ini

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Jumaat lalu, sebahagian besar wanita New Zealand mengenakan tudung atau hijab hari ini. Kempen berkenaan digerakkan menerusi hashtag #headscarfforharmony atas inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand iaitu Thaya Ashman. Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan […]

Mahkamah Khas Perkahwinan lulus Mei ini

KUALA LUMPUR – Kabinet dijangka meluluskan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang ditubuhkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Mei ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, proses mengumpul maklum balas kertas cadangan penubuhan mahkamah itu kini dalam peringkat akhir dan dijangka selesai dalam masa terdekat. Menurut beliau, ianya […]

Mujahid jawab Marina

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan beliau tidak pernah cuba untuk mengalih isu tuntutan wanita dengan mengecam golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang terlibat dengan perhimpunan Women’s March baru-baru ini. Beliau membalas kritikan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir yang mendakwa tindakan Mujahid cuba mengalihkan […]