Sampai juga ke sini bantu kami…

JOHOR BAHRU – “Saya ingat tiada siapa mahu datang bantu kami ketika PKP, tetapi YADIM datang juga sampaikan bantuan. “Berbanyak terima kasih kami ucapkan, saya tak pandai nak cakap panjang panjang, tapi terima kasih banyak atas bantuan ini,”kata Pengasas Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Haji Md Sharipin Shahlan ketika menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah […]

YADIM santuni komuniti Tiong Hua warga emas sempena Tahun Baru Cina

JOHOR BAHRU – ‘Hao, Hao’ (bagus, bagus)… ujar seorang warga emas di Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria Johor Bahru, sebaik menerima paket Ang Pao. Senyuman tidak lekang daripada wajahnya selepas menerima paket merah mengandungi sedikit sumbangan itu. Dari kejauhan kelihatan dia teruja dengan kedatangan kami ke pusat jagaan warga emas itu. ‘”Gong Xi Fat Choi […]

Musaadah 2.0 YADIM Johor

SIMPANG RENGGAM – Selepas Putrajaya, Musaádah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dilaksanakan di negeri ini pula. Pada 3 Februari, YADIM Johor menyampaikan bantuan untuk Penjara Simpang Renggam di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 14 Februari ini. Barangan yang disampaikan adalah hasil sumbangan masyarakat yang mahu membantu orang ramai yang terkesan […]

YADIM peduli mangsa banjir Lorong Haji Aris

SKUDAI – Nasib seramai 11 keluarga Lorong Haji Aris di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor. Mereka pada 19 Januari menerima sumbangan bersama YADIM Johor dan Rakan Siswa YADIM (RSY) Johor berbentuk wang tunai, kit ibadah, sejadah, telekung, tudung, makanan dan sedikit wang tunai bagi […]

Cuci Cuci Surau Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi

KOTA TINGGI – Selain penyampaian bantuan banjir, usaha menyantuni mangsa banjir oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) juga merangkumi kerja pembersihan fasiliti yang terjejas dengan bencana berkenaan. Antara yang menerima bantuan usaha ini ialah Surau Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi di sini pada 7 Januari. Seramai 15 Sukarelawan YADIM dari Kota Tinggi dan Pasir Gudang […]

100 kit sumbangan untuk mangsa banjir Skudai

SKUDAI – Selesai menyantuni mangsa banjir Masai pada 3 Januari, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor bergerak pula ke Skudai. Di kawasan ini, sebanyak 100 kit banjir YADIM diserahkan kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Pemindahan Sementara Batu 10 di sini. Pasukan YADIM Johor yang diketuai Muhamad Ammar Abdullah kemudiannya menziarahi Masjid Kampung Sepakat […]

Sumbangan mangsa banjir Masai

PASIR GUDANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 3 Januari telah tampil menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Cahaya Baru di sini. Penyerahan kit banjir YADIM di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Cahaya Masai di sini oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah diterima oleh Penghulu Mukim Masai, Mohd Nurul Faiz. Kit […]

Mangsa banjir Pekan Nenas terima sumbangan YADIM Johor

PONTIAN – Seramai 13 keluarga yang menjadi mangsa banjir di sini, menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 16 Disember. Kesemuanya yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Melayu Raya Pekan di sini menerima sumbangan kit kebersihan dan makanan. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah. Terdapat seramai 40 dewasa dan […]

Ibu tunggal mangsa Covid-19 dibantu YADIM Johor

LARKIN– Dengan wabak Covid-19 yang masih tersebar, semakin ramai individu yang menerima kesan akibat penyakit berkenaan. Ramai yang kehilangan pekerjaan akibat serangan wabak itu yang juga mengakibatkan sektor ekonomi merudum. Prihatin dengan situasi berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melancarkan program membantu mereka mereka yang terkesan itu. Terbaharu pada 14 Disember, YADIM Johor membantu salah […]

200 pemandu teksi, E Hailing terima bantuan

JOHOR BAHRU – Usaha menyantuni golongan yang terkesan dengan Covid-19 oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diteruskan kepada pemandu teksi. Bertempat di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini, seramai 100 pemandu teksi dan 100 pemandu E Hailing dari sekitar bandaraya ini di santuni YADIM Johor pada 29 November. Menggunakan konsep pandu lalu, kesemuanya […]