Home » Citra Yadim » YADIM peduli mangsa banjir Lorong Haji Aris

YADIM peduli mangsa banjir Lorong Haji Aris

SKUDAI – Nasib seramai 11 keluarga Lorong Haji Aris di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor.

Mereka pada 19 Januari menerima sumbangan bersama YADIM Johor dan Rakan Siswa YADIM (RSY) Johor berbentuk wang tunai, kit ibadah, sejadah, telekung, tudung, makanan dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah kepada wakil penduduk, Ridzuan Hussain.

Hadir sama ke acara ringkas sumbangan ialah wakil RSY Johor, Nazreen Rahmat.

Lorong Haji Aris merupakan antara kawasan yang teruk terjejas dengan banjir baru baru ini. Rata rata kediaman ditenggelami air hingga hampir ke paras bumbung.
Kebanyakan mereka hanya dapat pulang ke kediaman masing masing tiga hari lalu selepas banjir surut.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *