YADIM Peduli di Bakar Arang

BAKAR ARANG – Bertempat di Taman Baiduri di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli: Ziarah Kasih pada 5 Disember. Sebanyak 30 keluarga yang terdiri daripada asnaf dan pesakit kronik di kawasan tersebut menerima sumbangan daripada YADIM Kedah. Program ini diadakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Sungai Petani. Sumbangan disampaikan sendiri […]

Sukarelawan YADIM santuni wanita mangsa kejadian tikam

BALING – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kampung Bok Bak pada 28 November telah menziarahi seorang wanita yang menjadi mangsa kejadian tikam. Prihatin dengan nasib wanita berkenaan yang tinggal bersama dua anak dan ibunya yang sudah tua, YADIM menghulurkan bantuan barangan keperluan harian kepadanya. Dalam kejadian pada 17 Oktober lalu, wanita berusia 36 tahun […]

Sumbangan kepada mangsa banjir Mukim Malau

JITRA – Prihatin dengan nasib penduduk Mukim Malau di sini yang menjadi mangsa banjir, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah tampil menghulurkan bantuan pada 28 November. Bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan Majlis Dakwah Negara, Dhuafa’ Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra, YADIM Kedah menyampaikan sumbangan kepada 18 mangsa banjir di sini. Turut sama ialah […]

YADIM Peduli di Jitra

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bekerjasama dengan rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyantuni mereka yang terkesan dengan Covid-19. Program mereka yang terkini dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia (BBM) Kedah pada 21 November diadakan di sekitar pekan ini. Menerusi inisiatif dalam program Bulan Dakwah 2020 ini, sebanyak 30 asnaf, kebanyakannya muallaf […]

Sumbangan untuk asnaf Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Seramai 30 asnaf yang dikenal pasti memerlukan menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 November. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Yang Berhormat Hajah Halimaton Shaadiah Saad. Mereka yang menerima sumbangan ialah dari Kampung Binjai, Kampung Gelong Rambai, Kampung Belukang Guar Tanah Rang, Kampung […]

Musa’adah Covid-19 di Jitra,Bicara Dakwah di Yan

KUBANG PASU – Dua program menyantuni rakyat dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 29 Oktober. Program pertama ialah Ziarah dan Musa’adah Covid-19 bersama rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan YADIM, antaranya Majlis Dakwah Negara (MDN), Dhuafa’ Sejahtera, Inisiatif Bandar Selamat Jitra dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuala […]

YADIM Interaktif bersama AADK Kuala Muda

KUALA MUDA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan program lapangan mereka menyantuni segenap lapisan masyarakat. Terbaharu, seramai  50 Orang Kena Pengawasan mengikuti program YADIM Interaktif anjuran bersama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda pada 25 Oktober. Program berkala ini diadakan di Dewan AADK Kuala Muda di sini. Program selama dua jam […]

YADIM Interaktif di Kulim dan Ziarah Asnaf di Gurun

KULIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Kedah) mengisi kalendar aktiviti Bulan Dakwah mereka dengan dua program hari ini (18 Oktober). Program pertama ialah YADIM Interaktif yang diadakan di pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini. Seramai 26 peserta menghadiri program ini yang diisi dengan sesi motivasi dari penceramah Ribatlife Islamic Training & Consultacy, Ustaz […]

YADIM Peduli di Kampung Padang Kandang

PADANG MAT SIRAT – Bertempat di Kampung Padang Kandang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program YADIM Peduli. Bertujuan menyantuni mereka yang memerlukan, sebanyak 35 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada badan dakwah ini. Sebanyak 25 sumbangan diserahkan kepada mereka yang dikenalpasti di masjid Al Faha di sini. Mewakili YADIM […]

Tahsin ibadah pengurusan jenazah di Maahad Tahfiz Darul Amar

LANGKAWI – Bertempat di Maahad Tahfiz Darul Amar, Air Hangat di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 10 oktober telah mengadakan program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah. Wakil YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad telah bertindak selaku tenaga pengajar dalam acara ini. Pelajar didedahkan dengan aspek aspek pengurusan jenazah bermula dari mandi, kafan, solat […]