Home » Citra Yadim » Tahsin ibadah pengurusan jenazah di Maahad Tahfiz Darul Amar

Tahsin ibadah pengurusan jenazah di Maahad Tahfiz Darul Amar

LANGKAWI – Bertempat di Maahad Tahfiz Darul Amar, Air Hangat di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 10 oktober telah mengadakan program Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah.

Wakil YADIM Kedah, Ustaz Haji Azmi Mohamad telah bertindak selaku tenaga pengajar dalam acara ini. Pelajar didedahkan dengan aspek aspek pengurusan jenazah bermula dari mandi, kafan, solat dan lain lain lagi berkaitan pengurusan jenazah.

Seramai 40 orang pelajar maahad menyertai program ini, selain 10 tenaga pengajar maahad yang turut terlibat membantu Ustaz Azmi.

Hadir sama ialah mudir maahad, Datin Hamidah Omar dan penyelianya, Ustaz Zamberi Ayub.

Selesai tahsin ibadah, diadakan pula penyampaian bantuan kepada 15 orang pelajar dari kalangan asnaf di maahad ini.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan baik dan pihak maahad berterima kasih kepada YADIM Kedah kerana menyantuni para pelajarnya.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *