YADIM Peduli Santuni Petugas Di Sekatan Jalan Raya

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan hari ini (23 Februari)  telah menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya sekitar jajahan ini, Pasir Mas, Machang dan Bachok. Antara yang disumbangkan ialah lima kotak pelitup muka, lima kotak air mineral, 70 bungkus nasi campur, lima kotak makanan segera, buah […]

Musa’adah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan Siri 3

MACHANG – Siri menyantuni pemandu bas dan van sekolah di negeri ini diteruskan dengan siri ketiga oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 18 Februari seramai 39 pemandu dari daerah Machang dan Pasir Puteh menerima bantuan berupa barangan makanan asas. Agihan telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Pangkal Meleret, Machang. Hadir ke acara ini adalah […]

Musaadah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

TUMPAT – Selepas Bachok dan Kota Bharu, hari ini (17 Februari) giliran para pemandu bas sekolah di kawasan ini dan Tanah Merah menerima bantuan menerusi program Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Agihan pertama dilakukan di Pantai Geting di sini apabila seramai 22 pemandu disantuni menerusi pemberian barangan […]

Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

KOTA BHARU – Sekolah masih belum dibuka, tetapi perbelanjaan untuk penyelenggaraan bas dan van tetap perlu dikeluarkan. Tanpa pelanggan (pelajar sekolah),bagaimana pula hendak mendapatkan sumber pendapatan. Demikian dilema dihadapi pemandu bas dan van sekolah seluruh negara. Mereka kini berdepan dengan cabaran mengekalkan perniagaan mereka, walaupun masa depannya masih kelam ekoran Covid-19 yang masih berleluasa. Cakna […]

Yadim Kelantan santuni kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina

KOTA BHARU – Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan menyantuni sebanyak 16 keluarga Tionghua di sekitar bandar ini pada 11 Februari. Majoriti yang disantuni merupakan golongan B40 yang memerlukan bantuan. Empat daripada daripada mereka pula merupakan saudara baharu. Sumbangan yang diserahkan berupa barangan keperluan makanan asas. YADIM […]

Asnaf keturunan Siam, Cina turut terima sumbangan YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Negeri Kelantan hari ini (10 Februari) turun padang menyantuni 10 keluarga asnaf yang mempunyai ahli keluarga Orang Kelainan Upaya atau sakit terlantar di sekitar Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Gaal di sini. Bagi meringankan bebanan keluarga yang terlibat,  YADIM Negeri Kelantan menyerahkan sumbangan berbentuk makanan keperluan asas, […]

Keluarga tinggal di bangsal di santuni YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Bertindak segera selepas mendapat maklumat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan hari ini (31 Januari) menyantuni sebuah keluarga di Kampung Mek Mas di sini. Keluarga berkenaan terpaksa tinggal di sebuah bangsal di sini selepas hilang pekerjaan baru baru ini. Ekoran itu, Mohd. Saufi Ibrahim dan isteri, Dahlia Musliman terpaksa membawa dua anak […]

Basikal baru untuk Asraff

PASIR PUTEH – Kanak kanak berusia sembilan tahun yang kisahnya viral menyelongkar tong sampah di sini telah mendapat perhatian segera Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 27 Januari, YADIM Kelantan telah tampil menghulurkan sebuah basikal untuk kegunaannya serta barangan keperluan harian untuk keluarganya. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang. Hadir sama ialah […]

100 pek KFC untuk PKRC Jubli Perak

KOTA BHARU – Kejayaan menganjurkan Program Tautan Kasih di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Putik pada 23 Januari lalu menyebabkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diberi kepercayaan ramai untuk mengadakan siri kedua program itu. Ramai badan bukan kerajaan (NGO) serta orang perseorangan yang telah menyumbang untuk menjayakan program tersebut. Justeru pada 27 Januari, […]

YADIM Kelantan bantu pasangan warga emas tukang urut

KETEREH – Cakna dengan nasib sepasang warga emas di Kampung Talang di sini yang memerlukan perhatian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 26 Januari segera tampil menyantuni mereka. Diwakili Pengarahnya, Mahadi Awang serta pegawai badan dakwah ini, YADIM Kelantan menyumbang RM1,000 serta barangan keperluan harian bagi meringankan beban pasangan berkenaan. Hadir sama ketika acara […]