Home » Citra Yadim » YADIM Peduli Santuni Petugas Di Sekatan Jalan Raya

YADIM Peduli Santuni Petugas Di Sekatan Jalan Raya

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan hari ini (23 Februari)  telah menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya sekitar jajahan ini, Pasir Mas, Machang dan Bachok.

Antara yang disumbangkan ialah lima kotak pelitup muka, lima kotak air mineral, 70 bungkus nasi campur, lima kotak makanan segera, buah buahan, air kotak dan 100 pek makanan ringan.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM,  Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.

Turut hadir Pengarah YADIM Kelantan, Haji Mahadi Awang serta Pengerusi Sukarelawan YADIM Kelantan, Tuan Hazli Tuan Mamat.

Sumbangan ini sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih pihak YADIM  kepada petugas barisan hadapan di negeri ini.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *