‘Sampaikan salam saya kepada Dr Zulkifli’

KOTA BHARU – Seorang tukang urut cacat penglihatan yang kisah hidupnya mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri baru-baru ini terharu menerima bantuan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada Selasa dan berkirim salam kepada menteri tersebut. Wan Mohamed Jaafar, 78, terharu ketika menerima […]

PKRC Putik disantuni YADIM Kelantan

PENGKALAN CHEPA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus prihatin dengan nasib pesakit Covid-19 di negeri ini. Terbaharu pada 23 Januari, mereka telah menyantuni pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Putik di sini. Bukan sekadar makanan, YADIM Kelantan turut menyumbang surah Yassin, buku zikir, buku doa harian serta sejadah, […]

Misi bantuan banjir kampung Orang Asli Kuala Koh

GUA MUSANG – Usaha membantu mangsa banjir di negeri ini turut disasarkan kepada masyarakat Orang Asli oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 7 Januari, sejumlah 60 set sumbangan telah dikumpulkan untuk diserahkan kepada komuniti berkenaan di Kuala Koh, Aring di sini. Bagaimanapun usaha ini mengalami halangan apabila Jambatan Sungai Lebir di sini tidak […]

50 kanak kanak sertai Khatan Is’aadul Usrah YADIM Kelantan

PENGKALAN CHEPA  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)Kelantan pada 2 Januari telah mengadakan program Khatan Is’aadul Usrah. Program ini diadakan dengan  kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Kelantan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Chempaka. Seramai 50 kanak-kanak dari keluarga B40 telah dipilih utk menyertai […]

YADIM Kelantan hulur bantuan keluarga penoreh tinggal di pondok separuh roboh

GUA MUSANG – Sebuah rumah yang sebenarnya lebih tepat dipanggil pondok, menjadi kediaman tujuh beranak di Kampung Jelaping di sini. Di kediaman yang hampir roboh itu, Mat Zaid Sulaiman dan isteri serta lima anaknya tinggal, bergelut meneruskan kehidupan. Sebagai penoreh getah, dia benar benar terkesan dengan penularan Covid-19. Keadaan bertambah parah apabila musim hujan melanda […]

Yadim Kelantan bantu 3,200 asnaf tahun ini

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan telah membantu seramai 3,200 individu dan golongan asnaf yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 menerusi tabung Musa’adah sepanjang tahun ini. Menerusi dana dalam tabung itu juga, Yadim Kelantan turut melaksanakan Program Lestari yang mengumpulkan seramai lebih 370 sukarelawan di seluruh negeri ini untuk bergotong-royong di rumah […]

Misi santuni mangsa banjir DUN Pengkalan Kubor

PENGKALAN KUBOR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 24 Disember telah menyertai rakan rakan pertubuhan badan kerajaan (NGO) di negeri ini, menyantuni mangsa banjir yang melanda kawasan ini. Antara NGO yang terlibat termasuklah Muslim Care, Alternatif Riding Club, Beliawanis Tumpat dan ramai lagi. Program ini menyasarkan untuk menyantuni 2,100 keluarga yang menjadi mangsa […]

YADIM Peduli di Pulau Tongkang dan Pulau Suri

TUMPAT – Seramai 100 keluarga nelayan di dua pulau di sini menerima barangan keperluan harian sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 12 Disember. Program di Pulau Tongkang dan Pulau Suri di sini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Marzuk Shaary. Program ini dianjurkan […]

YADIM Bersamamu di PUSPEN Bachok

BACHOK – Gerakan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini, tanpa mengira latar belakang mereka. Terkini sebagai usaha menyantuni golongan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LBGT), badan dakwah ini mengadakan program YADIM Bersamamu bersama komuniti berkenaan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok di sini pada 8 Disember. Menerusi […]

Yadim Kelantan sumbang 1,500 keping pelitup muka

KOTA BHARU – Cakna dengan keperluan dan kebajikan anggota bomba dan penyelamat di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 7 Disember telah menyantuni petugas barisan hadapan ini. Sejumlah 1,500 keping pelitup muka disumbangkan bagi kegunaan anggota bomba yang kini bukan sahaja membantu membendung penularan Covid-19, tetapi juga siap siaga menghadapi banjir yang […]