YADIM Negeri Sembilan bantu ibu tunggal terputus mata pencarian

MAMBAU – Ekoran patah kaki, seorang ibu tunggal Norlida Daud yang sebelum ini bekerja di sebuah pasar raya di sini, tidak dapat keluar bekerja sekaligus terputus mata pencariannya. Selepas dimaklumkan keadaan wanita ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan bersama Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan segera menziarahinya untuk menghulurkan bantuan. Barangan keperluan harian disampaikan […]

Sepakat @ Komuniti di Rembau

REMBAU – Hari hari terakhir Ramadan diisi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dan rakan rakan startegiknya dengan program program bersama rakyat. Di daerah ini pada 9 Mei YADIM, MyFundAction, Sukarelawan Al Baasith dan Jabatan Penerangan telah bekerjasama menganjurkan satu lagi sesi Sepakat@Komuniti. Antara pengisian program ialah sesi penerangan kepentingan vaksin Covid-19 oleh […]

Sepakat@Komuniti: Ihya’ Ramadan@Penjara Seremban

SEREMBAN – Aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan oleh warga Penjara Seremban telah  berlangsung pada 6 Mei..Program telah dimulakan dari sebelah pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk, Kuiz Covid-19 dan program penerangan,  Info On Wheels. Ia juga diisi  dengan acara Qasidah oleh Penghuni Penjara Seremban serta Taklimat Norma Baharu oleh Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad.  Pada […]

Irsyad 360: Musa’adah Asnaf Rembau

REMBAU – Sebanyak 100 set barangan keperluan harian disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 4 Mei kepada asnaf di sekitar daerah ini. Sumbangan tersebut disampaikan di Sekolah Menengah Agama Haji  Mohd Yatim di sini dalam programMusa’adah Asnaf Rembau. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia dan sumbangan […]

Program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson

PORT DICKSON – Pada 2 Mei telah berlangsung program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dan Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan. Bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan di Kampung Bagan Pinang, program ini juga diisi dengan aktiviti seperti adalah Tazkirah Ramadan  disampaikan oleh Ustaz Muhammad […]

Singgah sahur santuni petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan

SEREMBAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan, Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan dan Youth Care Malaysia telah mengadakan program Singgah Sahur kepada petugas barisan hadapan dan pengawal keselamatan sekitar Seremban. Menerusi program pada 2 Mei ini, mereka menyediakan juadah sahur untuk kakitangan keselamatan yang sedang bertugas. Ia sebagai penghargaan kepada mereka, yang bertugas […]

YADIM Negeri Sembilan, rakan NGO tabur bakti di Johol

JOHOL – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan tidak ketinggalan menyantuni golongan yang memerlukan Ramadan ini. Pada 25 April, dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, mereka menyantuni keluarga asnaf di Kampung Dingkir Inas dengan  menyampaikan wakaf katil hospital dan kit makanan YADIM kepada Jimah Isman, 57, yang menghidap kencing […]

Majlis berbuka puasa YADIM bersama Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina

SENAWANG – Dalam satu majlis ringkas, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan telah menyantuni penghuni Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina di sini pada 19 April. Seramai 10 anak di pusat jagaan itu menerima sedikit sumbangan wang tunai daripada badan dakwah ini. Hadir ke majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan […]

YADIM dan rakan NGO santuni asnaf Tampin

TAMPIN – Seramai 54 orang asnaf di sekitar bandar Tampin menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 11 April lalu. Tujuan pemberian sumbangan kit makanan ini adalah bagi berkongsi rezeki dalam menyambut kedatangan Ramadan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama  Sukarelawan Al Baasith dan  Jabatan Penerangan Daerah Tampin. Jabatan […]

Irsyad 360 Menyambut Ramadan YADIM Negeri Sembilan

PAROI – Persiapan menyambut Ramadan digiatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan menerusi program penyampaian sumbangan pada 9 April. Seramai 30 keluarga asnaf yang memerlukan menerima sumbangan dalam satu program di Surau AR Raudhah di sini. Program anjuran bersama dengan  Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan ini turut diisi dengan ceramah Ambang Ramadan pada sebelah malam. […]