YADIM Terengganu siaga bantu mangsa banjir

DUNGUN – Hujan turun sejak malam tadi di Kampung Pasir Raja di sini, malah menjadi lebat pagi 30 Disember. Paras air Sungai Dungun juga sudah naik. Pun begitu, ia tidak menjadi penghalang kepada pasukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan 20 Sukarelawan YADIM yang berada di Dapur Rakyat YADIM bagi mengagihkan bantuan untuk masayarakat […]

Dapur Rakyat YADIM Terengganu kini dibuka

DUNGUN – Seperti di beberapa negeri lain, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu juga mengambil inisiatif mengadakan program Dapur Rakyat YADIM bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Perasmian di Kampung Shukor di sini pada 29 Disember disempurnakan Ahli Parlimen Dungun, Yang Berhormat Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Turut hadir Pegawai Penyelaras Dun Bukit Besi, Tuan […]

20 terima manfaat program YADIM Terengganu – Bank Islam

DUNGUN – Seramai 20 asnaf di daerah ini menerima manfaat menerusi program Ziarah Kasih Perpaduan yang diadakan pada 24 dan 25 Disember di sini. Kerjasama antara komuniti Kawasan Rukun Tetangga, Yayasan Dakwah Islmiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Bank Islam ini menyantuni penduduk di 14 lokasi di sini, antaranya Kampung Rhu Batil, Kampung Baru Kuala Abang, […]

YADIM Peduli: Musa’adah Mangsa Banjir Alor Damat

SETIU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 12 Disember menyantuni mangsa banjir di Kampung Alor Damat, Batu Rakit di sini. Seramai 60 keluarga terkesan dengan banjir kilat berkenaan yang berlaku awal bulan ini. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. YADIM menyumbang […]

Bulan Dakwah Terap Nilai Kerja Sebagai Ibadah

KUALA TERENGGANU –  Merancakkan lagi Bulan Dakwah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu kali ini berkolaborasi bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu dalam menjayakan program Bicara Dakwah bertempat di Bilik Seminar FAMA di sini pada 1 Disember. Bicara Dakwah dengan tajuk ‘Jadikan Pekerjaan Sebagai Ibadah’ disampaikan oleh Ustaz Muhammad Najmuddin Ulwan Mohd Hamdan, Pegawai […]

YADIM-JBPM jalin hubungan integrasi melalui program dakwah

KUALA TERENGGANU – Satu Program Bicara Dakwah telah diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu pada 22 November. Ceramah dengan tajuk “Hikmah Faraid dan Terekoh” disampaikan oleh Perunding Harta Pusaka dan Peguam Syarie, Ustaz Wan Abdul Halim Wan Harun. Beliau merupakan penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas serta mempunyai kepakaran dalam bidang […]

Bulan Dakwah 2.0: YADIM berkampung di Felda Chalok Kampung Rahmat

SETIu -Sempena Bulan Dakwah 2.0 yang sedang berlangsung, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Terengganu berkampung selama tiga hari di Felda Chalok Kampung Rahmat di sini bagi melaksanakan program Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I) bagi Daerah Setiu bermula 18-20 November 2021. Pengisian lebih 16 aktiviti dakwah dalam K.O.S.D.I@Setiu dijayakan hasil kerjasama yang baik antara […]

Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I)@Marang

BUKIT PAYONG – Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (KOSDI) merupakan satu agenda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bagi memperkasa pembangunan ummah dan wanita di negeri ini. Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu bagi mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera. Selain mensasarkan golongan muda, golongan wanita terutamanya kaum ibu turut diberi […]

Bicara Dakwah Maulidur Rasul di APMM

KUALA TERENGGANU – Sempena dengan Bulan Dakwah 2.0 dan sambutan Maulidur Rasul, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 28 Oktober  diberi ruang untuk bersama-sama dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam satu program bersama. Pengisian program Bicara Dakwah ini adalah berkisar tentang Ibrah Sirah Nabawi sempena  Maulidul Rasul S.A.W. Tazkirah bermula jam 9.30 pagi […]

Konvoi Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ YADIM bersama DUAT

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah bekerjasama dengan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) bagi menjayakan program  Street Dakwah ‘Cintakan Rasul’ pada 28 Oktober. Bertempat di Perkarangan Masjid Terapung dan Dataran Awam Pantai Batu Buruk di sini,  sukarelawan dari pejabat DUAT telah disertai seramai 30 orang Sukarelawan YADIM (SAY) dari daerah […]