Home » Citra Yadim » Misi pasca banjir SAY di Bukit Besi

Misi pasca banjir SAY di Bukit Besi

DUNGUN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di Terengganu pada 5 Januari meneruskan usaha mereka melestari gerakan dakwah apabila turun padang membersihkan tiga lokasi di sini.

Seramai 20 anggota SAY dari Marang, Kuala Nerus dan Dungun menyertai sukarelawan daripada 11 agensi yang sama sama terlibat antaranya Amal Malaysia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan Undangan Negeri Bukit Besi dan Jabatan Belia Sukan membersihkan Sekolah Pasir Raja, Dataran Kejap dan Rumah Tamu Pasir Raja di sini.

Turut membantu ialah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun.Secara keseluruhan, seramai 180 sukarelawan pelbagai agensi terlibat dalam program ini.

Bermula jam 9 pagi, selepas pembahagian tugas, mereka bersama membersihkan lokasi lokasi berkenaan.

Pada program yang sama, YADIM juga menyampaikan sebanyak 20 set keperluan solat untuk para petugas di Pusat Pemindahan Sementara di kawasan ini. 

Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Pasir Raja, Tengku Mat Yunus Tengku Mat Rani.

Inisiatif ini merupakan sebahagian program menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah banjir di negeri ini.

Sebelum ini YADIM Terengganu membuka Dapur Rakyat yang mengagihkan 1,200 juadah sehari di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja di sini.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *