Dapur Rakyat YADIM mula edar makanan untuk mangsa banjir

Alhamdulillah, Dapur Rakyat YADIM, inisiatif badan dakwah ini bagi menyalurkan bantuan makanan untuk mangsa banjir telah beroperasi di Dewan Mina Taman Cikgu Yusuf 2, Banggol Donas di sini. Seramai 10 orang sukarelawan bergotong royong memasak makanan untuk edaran sekitar Kuala Berang bagi membantu mangsa mangsa banjir di kawasan berkenaan. Sebanyak 200 pek telah diedarkan oleh […]

Pertemuan NGO Islam Terengganu 2022

KUALA TERENGGANU – Pertemuan YADIM Terengganu bersama sebanyak 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang hadir dari seluruh negeri ini telah diadakan di Duyong Marina Resort pada 25 Februari. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Antara yang disentuh dalam ucapannya termasuklah harapan kerajaan […]

Sukarelawan ke Masjid : Inisiatif pemantapan SAY Terengganu

MARANG – Sebagai usaha memantapkan gerak kerja sukarelawannya, YADIM Terengganu mengadakan program YADIM Murabbi : Sukarelawan Ke Masjid bertempat di Masjid Padang Mengkuang di sini pada 12 Februari. Antara pengisian program termasuklah slot tazkirah oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dengan tajuk ” Memahami Konsep Sukarelawan Dakwah”. Melalui program juga ini para […]

Ziarah Muhibbah Keluaga Malaysia YADIM Terengganu

DUNGUN – Lebih 100 warga emas dan golongan Not Yet Muslim di daerah ini menerima manfaat menerusi program Ziarah Muhibah Keluarga Malaysia anjuran YADIM Terengganu pada 11 Februari. Program sempena Tahun Baru Cina baru baru ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Dungun, Kawasan Rukun Tetangga setempat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun. Lokasi pertama […]

Program Pemantapan SAY SMK Manir

KUALA TERENGGANU – Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM (SAY) Sekolah Menengah Kebangsaan Manir pada 10 Februari menganjurkan program solat hajat & bacaan Yaasin sebagai antara persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tidak lama lagi. Diadakan di Masjid Kampung Buluh Gading di sini, program ini dianjurkan secara bersama dengan pejabat YADIM Negeri Terengganu yang dihadiri […]

Kunjung hormat wakil Masjid Abidin kepada YADIM Terengganu

SEKITAR Kunjung hormat wakil Masjid Abidin kepada YADIM Terengganu pada 27 Januari. Perbincangan telah diadakan bagi melaksanakan beberapa program bersama melibatkan kedua pihak. Mewakili Masjid Abidin ialah Ketua Eksekutif, Ustaz Wan Mohd Hazim Wan Mohd Hashim dan Eksekutif Kanan (Ketua Sektor Ibadah, Dakwah dan Pendidikan), Ustaz Mohd Akharri Ghazali. Kunjungan disambut Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz […]

Pengisian rohani untuk ahli SAY Seberang Takir

SEBERANG TAKIR – Bukan sahaja terlibat dengan pelbagai gerakan dakwah di lapangan, tetapi ahli Sukarelawan YADIM (SAY) juga diberikan pendedahan dan pengisian kerohanian untuk memantapkan jatidiri mereka. SAY Seberang Takir umpamanya pada 22 Jan telah dilibatkan dengan program ‘Bicara Dakwah Online – Keluarga Malaysia Malaysia Keluarga Sejahtera’ oleh pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin,   Ustaz Abdul […]

Mesej dakwah menerusi riadah

KUALA NERUS – Sukan merupakan antara medium paling berkesan menyatukan dan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ini termasuklah juga mesej mesej dakwah. Mengambil kesempatan daripada ini, YADIM Terengganu dengan kerjasama Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu serta rakan rakan badan bukan kerajaan di sini telah mengadakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah pada 8 Januari lalu. Seramai […]

SAY Terengganu sanitasi masjid, bersih kediaman penduduk Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor

DUNGUN – Selepas membersihkan Sekolah Pasir Raja, Dataran Kejap dan Rumah Tamu Pasir Raja di sini sebelum ini, Sukarelawan YADIM (SAY)meneruskan lagi khidmat bakti mereka di sini pada 7 Januari.   Kali ini, seramai 26 orang SAY membersihkan pula Masjid Kampung Shukor di sini juga terjejas akibat banjir baru baru ini. Mereka turut mengadakan kerja […]

Misi pasca banjir SAY di Bukit Besi

DUNGUN – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) di Terengganu pada 5 Januari meneruskan usaha mereka melestari gerakan dakwah apabila turun padang membersihkan tiga lokasi di sini. Seramai 20 anggota SAY dari Marang, Kuala Nerus dan Dungun menyertai sukarelawan daripada 11 agensi yang sama sama terlibat antaranya Amal Malaysia, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Dewan […]