YADIM mahu tingkat kerjasama dengan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat meningkatkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara badan dakwah ini dengan kerajaan negeri Terengganu. Bagi mencapai tujuan tersebut, YADIM sedia menghulur tangan bagi mengadakan hubungan strategik dengan kerajaan negeri ini, khususnya dalam usaha melestarikan gerakan dakwah. Ia antara hasrat yang disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, […]

Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Tuan Haji Yusoff Abu Bakar melengkapkan jadual padat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 26 Ogos. Mewakili YADIM dalam pertemuan selama lebih sejam itu ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Penyelaras […]

Ziarah dan sumbangan YADIM kepada Community Aids Service Penang

BUKIT MERTAJAM – Community Aids Service Penang (CASP) merupakan sebuah rumah perlindungan yang menempatkan pesakit AIDS yang memerlukan bantuan di sini. Prihatin dengan usaha ini yang memerlukan sokongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 Ogos tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada rumah ini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin […]

Peserta konvoi sebagai wira dan duta dakwah YADIM

KUALA LUMPUR – “Saya anggap peserta konvoi ini sebagai wira dan duta dakwah YADIM, saya berharap usaha ini dapat berjalan lancar. “Gunalah pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan masa kini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika melepaskan peserta konvoi motosikal Jelajah Kampung Orang Asli […]

Is’ad Al Usrah YADIM & Sumbangan keluarga Asnaf Batu Kurau.

BATU KURAU – Kampung Anak Kurau di sini menjadi lokasi seterusnya program Is’ad Al Usrah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 22 Ogos. Program kali ini menyantuni Khazimah Abdul Wahab, seorang warga emas yang tinggal sendirian di rumahnya di sini. Menariknya, rumah ini merupakan lokasi program Aduhai Desaku Villa Al Falah, yang juga anjuran badan […]

Semarak Dakwah sempena kemerdekaan negara ke 63

Kebanyakan daripada kita sememangnya menyedari adanya pelbagai golongan yang menjalani kehidupan di jalanan di tengah-tengah ibu kota, tetapi tidak ramai yang berani mendekati dan menyelami kehidupan mereka. Golongan ini seperti kelompok LGBT, anak muda melepak, penagih dadah mahupun gelandangan sering di kesampingkan sehingga mereka menjalani kehidupan berisiko dan mudah terdedah kepada pengaruh negatif. \Justeru, Yayasan […]

Kunjung hormat Bahagian KEMUDA ke IKBN Peretak

KUALA KUBU BHARU – Kerjasama pelaksanaan program Bicara Tokoh, Penubuhan Exco Rakan Belia YADIM (RBY) serta kursus imam dan belia merupakan hasil kunjung hormat Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini. Kunjung hormat pada 18 Ogos tersebut merupakan antara gerak kerja KEMUDA membina jalinan […]

Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sesi 2020-2022

Pertamanya diucapkan syukur ke atas semua limpah kurniaNya hingga membolehkan kita mengadakan majlis hari ini. YADIM mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin atas pelantikan seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM. Terima kasih juga kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang […]

YADIM terima 11 ALPA yang baharu

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos telah menerima seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya (ALPA) yang baharu dalam satu majlis di sini. Watikah berkenaan yang berkuatkuasa hingga tahun 2022, disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Mendahului penerima ialah Yang […]

YADIM bakal anjur Program Ikon Cilik Yadim (ICY)

JOHOR BHARU – Sektor Latihan dan Perkaderan menerusi penyelarasan Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) bakal menganjurkan program Ikon Cilik YADIM (ICY) yang menyasarkan peserta kanak-kanak berumur 10 hingga 11 tahun. Program ini bertujuan melahirkan pelapis rakan dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di peringkat sekolah rendah, yang selanjutnya dipupuk dan dilatih menjadi Rakan Remaja […]