Kursus Asas Daie Orang Asli Yadim : Seni Dalam Dakwah

SEMUNGKIS – Seni muzik dengan cara yang betul boleh digunakan sebagai sebuah medium dakwah yang berkesan. Mengambil peluang itu, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerapkan konsep berkenaan dalam latihan Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM yang diadakan di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini. Seramai 20 peserta kursus diberikan latihan menggunakan […]

MAIM badan selaras NGO

KUALA LUMPUR – Penubuhan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dibawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menjadi Sektetariat Penyatuan dan Penyelarasan untuk semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan diberi peranan utama untuk menggerakkan MAIM berkata, pihaknya telah merangka pelbagai program serta gerak kerja bagi menyokong kerajaan dalam memperkasakan usaha […]

Himpunan NGO Islam di Putrajaya anjuran YADIM

PUTRAJAYA – Hampir 350 pemimpin pemimpin pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO Islam) menghadiri program perjumpaan khas bersama kepimpinan negara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 19 September. Program Perjumpaan Khas Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri, Bersama Pemimpin-Pemimpin Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) […]

Bela Islam berteraskan prinsip hikmah, nasihat yang baik – Muhyiddin

PUTRAJAYA – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam amnya diingatkan agar tidak mengambil pendekatan ekstrem dan melampau dalam usaha membela serta mempertahan kesucian agama sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga mengingatkan bahawa Malaysia adalah negara majmuk yang sentiasa mementingkan kesederhanaan dan keharmonian dalam hubungan […]

Kerajaan akan lebih responsif dan sensitif kepada NGO Islam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen kerajaan akan lebih responsif dan sensitif terhadap badan-badan kerajaan (NGO) Islam. Beliau turut berkongsi pendirian yang sama dengan NGO-NGO Islam yang mahu usaha-usaha mengangkat kesucian agama Islam dan menjaga kemurniaan akidah Muslim. Katanya, beliau menyedari pengaruh ideologi liberalisme dan sekularisme, LGBT serta gerakan menuntut undang-undang […]

Kunjungan hormat kepada Menteri Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA – Satu kunjung hormat telah diadakan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Dr. Noraini Ahmad di pejabat beliau di sini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 14 September. Selain bertujuan memberikan perkembangan terkini program YADIM yang melibatkan kementerian beliau, ia juga adalah untuk meninjau sebarang peluang kerjasama yang boleh dijalin bersama oleh […]

Pertemuan sulung Pengerusi Jawatankuasa Khas dengan warga SPPA

PUTRAJAYA – Pengerusi Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan, Penerbitan & Antarabangsa (SSPA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa pada 14 September telah mengadakan pertemuan dengan warga kerja sektor berkenaan. Pertemuan selama sejam di ibu pejabat YADIM di sini, bertujuan mengenali dengan lebih dekat dan terperinci fungsi serta gerak kerja sektor […]

YADIM mahu tingkat kerjasama dengan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat meningkatkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara badan dakwah ini dengan kerajaan negeri Terengganu. Bagi mencapai tujuan tersebut, YADIM sedia menghulur tangan bagi mengadakan hubungan strategik dengan kerajaan negeri ini, khususnya dalam usaha melestarikan gerakan dakwah. Ia antara hasrat yang disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, […]

Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Pertemuan dengan Timbalan Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Tuan Haji Yusoff Abu Bakar melengkapkan jadual padat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 26 Ogos. Mewakili YADIM dalam pertemuan selama lebih sejam itu ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Penyelaras […]

Ziarah dan sumbangan YADIM kepada Community Aids Service Penang

BUKIT MERTAJAM – Community Aids Service Penang (CASP) merupakan sebuah rumah perlindungan yang menempatkan pesakit AIDS yang memerlukan bantuan di sini. Prihatin dengan usaha ini yang memerlukan sokongan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 Ogos tampil menghulurkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada rumah ini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin […]