Home » Citra Yadim » Semarak Dakwah sempena kemerdekaan negara ke 63

Semarak Dakwah sempena kemerdekaan negara ke 63

Kebanyakan daripada kita sememangnya menyedari adanya pelbagai golongan yang menjalani kehidupan di jalanan di tengah-tengah ibu kota, tetapi tidak ramai yang berani mendekati dan menyelami kehidupan mereka.

Golongan ini seperti kelompok LGBT, anak muda melepak, penagih dadah mahupun gelandangan sering di kesampingkan sehingga mereka menjalani kehidupan berisiko dan mudah terdedah kepada pengaruh negatif.

\Justeru, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengambil inisiatif mendekati golongan ini dengan menganjurkan program Semarak Dakwah pada 30 Ogos 2020 ini sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-63.

Semarak Dakwah ini berkonsepkan dakwah lapangan yang akan diadakan di seluruh negara menerusi pejabat-pejabat YADIM di setiap negeri termasuk di Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran program ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Ogos 2020 di perkarangan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Melalui program ini, YADIM ingin mendekati golongan golongan berisiko terutama golongan LGBT, anak muda, gelandangan, keluarga dan masyarakat melalui beberapa pengisian yang dirancang.

Antara pengisian yang dirancang termasuk street dakwah, sesi kaunseling, kesedaran kesihatan, santai anak muda, program cinta ilmu, tahsin al-Quran, ziarah prihatin, tahsin ibadah, bina insan dan program hiburan Islam.

Sebagai sebuah badan dakwah yang telah ditubuhkan sejak tahun 1974, YADIM harus terlibat dalam dakwah di lapangan bersama-sama dengan rakan strategik NGO yang lain untuk bertemu golongan sasaran dakwah (mad’u) secara santai bagi menyampaikan mesej amar makruf dan nahi mungkar.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *