Home » Citra Yadim » Tahajud Keluarga Malaysia Teguh Bersama, YADIM Melaka 2022

Tahajud Keluarga Malaysia Teguh Bersama, YADIM Melaka 2022

MELAKA – Demi memohon keredhaan dan menyatakan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan, Program Tahajud Keluarga Malaysia Teguh Bersama, YADIM Melaka 2022 telah diadakan pada 10 September.

Seramai 280 orang jemaah telah sama-sama menghadiri dan mengadakan solat sunat dan solat Subuh berjemaah di program yang diadakan di Dataran Kesidang di sini.

Solat sunat dan Solat Subuh diimamkan oleh Ustaz Muhammad Hatin Mohd Yusof, Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam At-Taqwa Alor Gajah.

Program pagi ini juga diisi dengan kuliah Subuh bertajuk ‘Erti Kemerdekaan Sebenar Dalam Semangat Keluarga Malaysia’ yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Rabbani Ismail, Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran Ibnu Talib, Merlimau.

Program diakhiri dengan Alunan Asma Ul Husna dan kibaran Bendera Malaysia oleh para jemaah. Penyelaras YADIM Melaka, Mohd Nor Zahidi Mohd Ghazaly hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *