Home » Langit Terbuka » Tangguh dulu beri anak gajet

Tangguh dulu beri anak gajet

Pemberian gajet kepada anak-anak yang masih belum mencapai tahap matang tanpa pengawalan ibu bapa mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala yang tidak sihat.


KUALA LUMPUR 21 Jan. – Ibu bapa dinasihatkan supaya menangguhkan pemberian gajet kepada anak-anak pada usia kecil jika tidak mampu mengawal selia penggunaannya secara menyeluruh.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, pemberian gajet kepada anak-anak yang masih belum mencapai tahap matang tanpa pengawalan ibu bapa mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala yang tidak sihat.

“Tidak dinafikan penggunaan gajet pada zaman ini sudah menjadi satu keperluan dan dapat memudahkan urusan harian, namun adakah sesuai gajet ini diberikan kepada kanak-kanak seawal usia tiga hingga 12 tahun?

“Kita harus realistik, memang sukar untuk ibu bapa mengawal selia setiap aktiviti dan gerak-geri anak-anak, maka keputusan untuk memberikan gajet kepada mereka pada usia yang sangat muda perlulah diteliti semula oleh ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kaji selidik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang mendapati bahawa hanya 24 peratus daripada 1,165 ibu bapa yang memeriksa kandungan gajet anak mereka yang berusia tiga hingga 17 tahun.

Kaji selidik yang diadakan sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) itu turut mendapati bahawa hampir 80 peratus ibu bapa membenarkan anak mereka memiliki gajet manakala hanya 15.1 peratus ibu bapa melarang penggunaan gajet jika mereka melakukan kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *