Home » Langit Terbuka » Tawaran Kepada Pelajar Cina Masuk Matrikulasi – Maszlee

Tawaran Kepada Pelajar Cina Masuk Matrikulasi – Maszlee

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menawarkan 1,000 tempat khas kepada pelajar Cina yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kumpulan berpendapatan rendah B40 ke program matrikulasi sesi 2018/2019.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik menegaskan bahawa penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Sehingga semalam, katanya tawaran khas itu hampir dipenuhi apabila lebih 800 tempat sudah diisi.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa berpegang kepada pendirian untuk membantu semua pelajar yang cemerlang dan layak dari segi akademik dan mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosio ekonomi mereka, ” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Berhubung pengambilan pelajar India ke program matrikulasi, Maszlee berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan penambahan pengambilan 700 pelajar pada April lalu. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *