Home » Citra Yadim » Timbalan Yang Dipertua YADIM kunjungi Duta Besar di Mesir

Timbalan Yang Dipertua YADIM kunjungi Duta Besar di Mesir

Zolkharnain (kiri) semasa mengunjungi Mohd Haniff di Kedutaan Malaysia di Kaherah

Kaherah – Sempena lawatan kerja ke Mesir, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin telah mengambil kesempatan mengunjungi Duta Besar Malaysia di sini.

Kunjungan kepada Tuan Yang Terutama Amb Mohd. Haniff Abdul Rahman itu berlangsung pada 28 Februari 2019 (Khamis) di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini pada jam 9 pagi waktu tempatan.

Hadir sama ialah Pegawai Penyelaras Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor,Puan Anis Afida, Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pertahanan, Nasaie Ismail, dan wakil mahasiswa Jordan, Mirzan Majid.

Zolkharnain kini dalam sesi lawatan kerja selama lima hari bermula 27 Februari hingga 3 Mac ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *