Home » Citra Yadim » Temui YADIM Kedah di rancangan Sentuhan Dhuha

Temui YADIM Kedah di rancangan Sentuhan Dhuha

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah merancang memperluaskan usaha dakwahnya menerusi penampilan di radio.

Usaha ke arah itu dimulakan menerusi satu pertemuan dengan Jabatan Penerangan Kedah di Wisma Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini pada 18 Jun.

Mewakili YADIM Kedah dalam pertemuan itu ialah Pengarahnya, Hafsah Husain manakala RTM diwakili oleh Ketua Bahagian Rancangan, Syahida Shabudin serta Penyelaras Penerbitan Hamdan Daim.

Menerusi perbincangan itu, RTM Kedah bersetuju supaya YADIM mengisi slot Sentuhan Dhuha yang akan bersiaran setiap hari pada jam 7.45 pagi dan 8 malam.

Hafsah menjelaskan, masa tersebut dipilih kerana trafik pendengar yang tinggi (waktu puncak ke tempat kerja dan pulang ke rumah).

Tambah beliau, YADIM akan bertanggungjawab menyelaras penceramah serta kandungan untuk sesi berkenaan. Slot YADIM juga katanya akan bermula sebaik penceramah dan kandungan yang sesuai dikenal pasti.

Perbincangan selanjutnya akan diadakan selepas kedua pihak bersetuju dengan calon penceramah yang bakal ditampilkan.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *