Home » Citra Yadim » Teratak Prihatin untuk asnaf Kampung Kindu

Teratak Prihatin untuk asnaf Kampung Kindu

TUARAN – Sebuah lagi rumah Teratak Prihatin berjaya disiap dan diserahkan kepada penduduk yang memerlukan di Kampung Kindu di sini pada 13 Julai.

Kediaman tersebut yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM50,000, berjaya disiapkan dalam tempoh kira kira dua bulan.

Rumah baharu seluas seluas 30 kaki x 15 kaki disumbangkan oleh kerajaan negeri Sabah dengan projek ini diselaraskan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.

Majlis Penyerahan Kunci kediaman yang diadakan di sini dihadiri, oleh wakil Ketua Menteri Sabah, Abdul Kassim Haji Razali selaku Ketua Setiausaha Politik beliau dan wakil wakil komuniti. Hadir sama ialah Panglima 5 Divisyen Kota Kinabalu,  Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim Khalid.

YADIM Sabah diwakili pengarahnya,  Muhammad Akmal Othman.

Penduduk yang dibantu, Samir Cosmas merupakan asnaf yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya mencari kayu dihutan. Beliau juga pemegang kad Orang Kelainan Upaya.

Pendapatannya hanya bergantung kepada permintaan orang ramai terhadap kayu kayu di hutan, sama ada untuk dijadikan perabot atau kayu api.

YADIM Sabah juga sebelum ini bekerjasam dengan ATM dan kerajaan negeri Sabah menyelaraskan pembinaan kediaman seperti ini di Kota Belud dan Pitas.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *