Home » Langit Terbuka » Terengganu mahu buka kaunter beri vaksin di masjid

Terengganu mahu buka kaunter beri vaksin di masjid

Empat klinik bersetuju menjayakan program di masjid bagi memudahkan proses vaksinasi di Terengganu. - Foto BBC

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu berhasrat membuka kaunter pemberian vaksin COVID-19 di sebuah masjid setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata pelaksanaan itu bagaimanapun perlu mengambil kira masalah berkaitan aspek kekangan tenaga kerja Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ketika ini, Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) sendiri pun tidak cukup (kakitangan) kerana banyak sangat kerja, termasuk menjaga pusat kuarantin COVID-19, hospital serta wad.

“Itu kekangan dihadapi, melainkan kita mendapat bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta,” katanya, di sini pada 2 Jun.

Setakat ini beliau berkata, empat klinik bersetuju bekerjasama menjayakan program berkenaan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *