Home » Langit Terbuka » TH yakin dapat kouta haji tambahan tahun ini

TH yakin dapat kouta haji tambahan tahun ini

Ketika ini, kuota  rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lalu berbanding 22,230 selama tiga tahun sebelum ini. (gambar hiasan)

BALING – Lembaga Tabung Haji (TH) yakin akan mendapat kuota tambahan untuk jemaah haji tahun ini berdasarkan hubungan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bagaimanapun, berkata keputusan permohonan kuota tambahan kepada kerajaan Arab Saudi kebiasaannya hanya akan diketahui pada saat akhir sebelum bermula musim haji, Ogos ini.

“Lazimnya kita akan dapat hujung-hujung, sebab mereka (Arab Saudi) nak tentukan semua negara selesai, ada baki (kuota haji) barulah mereka akan beri keutamaan kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Geran Tanah Peserta-Peserta FELCRA Berhad Kawasan Iboi Tiak, di sini hari ini.

Ketika ini, kuota  rasmi jemaah haji Malaysia bagi tahun ini kekal 30,200 orang seperti tahun lalu berbanding 22,230 selama tiga tahun sebelum ini.

Abdul Azeez juga menafikan kononnya TH memberi keutamaan kepada anggota Umno untuk menunaikan ibadah haji hanya kerana beliau turut memegang jawatan dalam parti itu.

“Semua yang berdaftar adalah layak mengikut giliran…TH tak pernah main politik walaupun saya pemimpin Umno yang menjaga TH,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *