Home » Langit Terbuka » Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuh

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuh

Rang Undang-undang memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong

KUALA LUMPUR – Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan pada 11 April tahun lalu dicadang untuk dimansuhkan.

Rang Undang-undang (RUU) memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 dibacakan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan RUU itu, pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar tidak menjejaskan apa-apa perintah yang dibuat mengikut akta itu sebelum tarikh dikuatkuasakan.

Akta itu mentakrif ‘berita tidak benar’ termasuk apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang bahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Kesalahan yang termaktub mengikut Seksyen 4 Akta 803 ialah mengadakan, menawarkan, menerbitkan, dan sebagainya, berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

Jika sabit kesalahan mengikut seksyen itu, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/459389/akta-antiberita-tidak-benar-2018-dimansuh

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *