Home » Langit Terbuka » Tiada maklumat pembukaan dua masjid suci 8 pada Ramadan

Tiada maklumat pembukaan dua masjid suci 8 pada Ramadan

Makkah masih dalam keadaan lockdown, justeru hanya kakitangan Masjidil Haram sahaja dibenarkan memasukinya. - Foto Tribunnews

KUALA LUMPUR: Tiada maklumat mengenai pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan seperti yang tular di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau telah menghubungi Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan berhubung perkara itu.

“Saya telah berhubung dengan Duta Arab Saudi pada tengah hari tadi dan bertanyakan hal ini maka jawapan yang diberikan kepada saya, beliau sendiri tidak ada maklumat dan memaklumkan apa yang berlaku setakat ini berdasarkan kepada arahan terdahulu iaitu tiada pembukaan

“Beliau turut memaklumkan di Makkah dan Madinah masih lagi lockdown dan yang dibenarkan hanya pekerja-pekerja sahaja dan mereka yang terhad termasuk imam atau yang betugas di masjid itu,” katanya dalam program temu bual ‘Ramadan Kali Ini’ terbitan Bernama Radio.

Tular di media sosial mengenai satu kenyataan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kononnya mengumumkan dua masjid suci umat Islam itu akan dibuka esok ( 8 Ramadan) berserta garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. 

Arab Saudi pada akhir Februari lalu memutuskan menggantung kemasukan jemaah ibadah umrah di Makkah dan ziarah Masjid Nabawi, Madinah. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *