Home » Langit Terbuka » Tidak rancang wajib tampal ‘tidak halal’

Tidak rancang wajib tampal ‘tidak halal’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, tiada peruntukan undang-undang ditetapkan bagi premis perniagaan menampal tanda 'tidak halal'. - Foto Salaam Gateway

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak merancang untuk mewujudkan polisi terhadap premis yang tidak memiliki sijil halal supaya meletakkan tanda ‘tidak halal’ di hadapan premis berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengatakan, tiada peruntukan undang-undang ditetapkan bagi setiap premis tersebut menampal tanda ‘tidak halal’.

“Tiada (rancang polisi tampal tidak halal). Isu sekarang bagi kita hanya untuk tampal logo halal sahaja. Tidak halal bukan libatkan kita.

“Bukan (sahaja) tak merancang untuk adakan polisi berkenaan tetapi tiada dalam peruntukan undang-undang pun. Kita hanya ada peruntukan undang-undang bagi logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Konvensyen Badan Pensijilan Halal sempena Sidang Kemuncak Halal Global 2019 di sini hari ini.

Mingguan Malaysia menerusi laporan khasnya semalam melaporkan ramai masyarakat terutama beragama Islam masih tidak menyedari kebanyakan restoran asing dikunjungi khususnya yang menawarkan menu Jepun dan Korea tidak memiliki status halal.

Kebanyakan restoran seumpama itu tidak menggantung logo atau sijil perakuan halal pada pintu masuk premis dan sekadar menampal tanda no pork dan no alcohol bagi menarik pelanggan Islam memandangkan ada restoran yang berkemungkinan menggunakan bahan diragui tahap halalnya. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *