Home » Citra Yadim » Timbalan Menteri di JPM pra lancarkan buku Motivasi Kematian Buat Muslim

Timbalan Menteri di JPM pra lancarkan buku Motivasi Kematian Buat Muslim

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kini menerbitkan satu lagi naskhah buku ilmiah Islam berjudul Kematian Motivasi Buat Muslim.

Ia merupakan tulisan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dan Wan Hamidah Wan Daud.

Pra pelancaran naskhah ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada 16 September.

Dalam ucapannya beliau berkata, apa yang cuba dibawa oleh YADIM menerusi penerbitan buku ini ialah usaha menggarap Maqasid Syariah Al-Daruriyat iaitu memelihara akal dan menghargai nyawa.

”Usaha memandaikan ummah melalui medium penulisan dan penerbitan sebegini merupakan usaha yang harus diberikan pujian dan disokong oleh semua pihak.

“Ia juga merupakan jalan dakwah yang tidak boleh dikesampingkan dalam membina jati diri Muslim sejati,”ujarnya.

Dalam pada itu, mereka yang memesan awal buku ini, boleh mendapatkannya pada harga istimewa RM30 sahaja. Hubungi 013 – 9683504 bagi tujuan ini.

Pelancaran buku ini dijadualkan pada Bulan Dakwah YADIM Oktober nanti.

Sesi pra pelancaran secara dalam talian ini merupakan sebahagian pengisian program Semarak Dakwah Hari Malaysia YADIM 2021.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *