Home » Langit Terbuka » Tudung pakai buang bebas kuman pertama ciptaan Doktor Malaysia

Tudung pakai buang bebas kuman pertama ciptaan Doktor Malaysia

Dr Farah Roslan, pencipta tudung pakai buang bebas kuman bersama seorang rakan pengamal perubatannya di UK. Foto KumbaNews.com

DERBY – Kebersihan merupakan aspek utama semasa pembedahan kerana kuman boleh menjangkiti pesakit lalu menyebabkan kesan buruk.

Seorang wanita Malaysia, yang juga seorang doktor, mencipta tudung pakai buang bebas kuman pertama di United Kingdom, untuk kegunaan pengamal perubatan.

Farah Roslan berkata idea penciptaan tudung berkenaan mula timbul ketika melakukan latihan di Royal Derby Hospital, kata laporan BBC.

Farah berkata tudung biasa membataskan penglibatannya di bilik bedah bagi menjamin keselamatan pesakit.

“Ketika bekerja, saya akan memakai tudung yang sama sepanjang hari dan hal yang berkenaan tentunya mendedahkan tudung berkenaan dengan pelbagai jenis kuman.

“Disebabkan itu, saya akan diarahkan secara terhormat untuk meninggalkan bilik bedah bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman daripada berlaku,” katanya.

Keadaan itu memberi motivasi kepada Farah, sebagai doktor pelatih, untuk mencipta tudung pakai buang bebas kuman.

Penghasilan tudung itu mengambil kira keperluan di bilik pembedahan dan syariat Islam.

Farah, yang kini bekerja di Lincolnshire, berharap tudung ciptaannya akan diiktiraf dan seterusnya boleh digunakan di seluruh hospital di United Kingdom.

University Hospital of Derby dan Burton NHS Trust dalam kenyataan berkata, tudung ciptaan rakyat Malaysia itu sudah mula digunakan buat pertama kalinya pada awal Disember ini. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *