Rintis perpaduan demi Islam

oleh SAIFULIZAM MOHAMAD Tidak pernah rasanya penulis menyentuh soal politik dalam ruangan Kalam sebelum ini tetapi hati kecil ini teringin untuk menulis buat pertama kali mengenainya memandangkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di negara ini seolah-olah tiada kesudahan. Antara faktor utamanya adalah perbezaan ideologi politik. Disebabkan politik saudara-saudara seislam kita terus bercakaran sesama […]
MDN anjur RTD Cina Muslim

Majlis Dakwah Negara (MDN-Yadim) akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat (RTD) Cina Muslim bertempat di Dewan Jumaah, Universiti Teknologi Malaysia, K.Lumpur pada 11 Ogos 2016 ini dengan membawa tema ‘ Peranan Cina Muslim Dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia. Program ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM), Majlis Agama […]
Homoseksual adalah jenayah di Indonesia?

JAKARTA 4 Ogos – Indonesia sedang menimbangkan untuk menjadikan aktiviti homoseksual sebagai perbuatan jenayah di negara ini. Pada masa yang sama aktivis Islam di negara ini menegaskan bahawa golongan homoseksual menyebabkan ‘kejatuhan akhlak’ dalam kalangan masyarakat Islam Indonesia. Tindakan itu susulan kecaman oleh menteri-menteri dan pemimpin agama terhadap homoseksualiti dan penutupan laman web golongan LGBT […]
Kerajaan haramkan penanaman ketum, henti polemik – TPM

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penanaman, penjualan dan penggunaan pokok ketum kerana tanaman itu memudaratkan iaitu menimbulkan ketagihan serta penyakit tertentu. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menghentikan perancangan dan polemik mengenai penanaman […]
Perlis pantau sekolah agama daripada anasir ganas

KANGAR, Khamis – Kerajaan negeri memberi jaminan semua 45 buah sekolah rendah dan menengah agama termasuk tadika Islam seluruh Perlis bebas daripada sebarang penerapan unsur keganasan. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Khairi Hassan berkata, kerajaan mengadakan lawatan secara berkala bagi memantau operasi di sekolah-sekolah berkenaan. “Usaha berterusan dilakukan kerajaan bagi mengekang sebarang anasir […]
Judi dalam talian makin serius

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Penularan kegiatan judi dalam talian semakin membimbangkan apabila golongan pelajar sekolah sudah mula terjebak dengan aktiviti haram itu. Apa tidaknya, tinjauan Utusan Malaysia mendapati segelintir pelajar mengakui tahu malah turut bermain permainan judi dalam talian itu berikutan operator judi terbabit kini semakin berani menawarkan permainan berkenaan secara terbuka. Lebih menyedihkan, […]
Kerajaan jamin kekal subsidi haji

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengekalkan dasar pemberian subsidi setiap tahun kepada jemaah haji dari negara ini. Perdana Menteri berkata, subsidi yang ditanggung Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tahun ini mencatatkan rekod dengan jumlah RM8,910 bagi setiap jemaah. Menurut beliau, kos keseluruhan subsidi tahun ini […]
Rasuah: Bekas pegawai TLDM didenda RM100,000, harta RM1.6 juta dirampas

IPOH, 3 Ogos – Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM1.5 juta, berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM antara 2013 dan 2015. Terdahulu, tertuduh Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir,38, yang pernah bertugas sebagai Pegawai […]
Program televisyen berunsur lucah, LGBT perlu ditarik siaran

KUALA LUMPUR, Rabu – Stesen televisyen perlu lebih bertanggungjawab dengan sentiasa membuat tapisan dan pemantauan terhadap sebarang isi kandungan program atau rancangan yang disiarkan. Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata pihak berkenaan perlu peka dengan sensitiviti masyarakat negara ini, dengan tidak menyiarkan program yang kandungannya […]
Kursus Muamalah Milenia

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Bahagian Muamalah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah berjaya melaksanakan program Kursus Muamalah Milenia bertempat di Dewan ULPL, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak, pada 27 hingga 28 Julai lalu. Pengurus Bahagian Muamalah Yadim, Zamzarizal Mad Ariffin berkata, program itu telah disertai oleh para pelbagai pihak termasuk pelajar institusi pengajian […]