Melayu ketinggalan jika berpecah: Sultan Selangor

SHAH ALAM, 14 Mac – Orang Melayu dinasihatkan supaya tidak berpecah-belah terutamanya disebabkan politik, kerana jika ia berlaku, bangsa ini akan ketinggalan berbanding kaum lain, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda yang tidak mahu perpecahan itu berlaku, bertitah masjid dan surau perlu berfungsi dengan sempurna, bukan sekadar tempat beribadat tetapi juga dijadikan platform […]

Sidang meja bulat Akta 164

PUTRAJAYA 13 Mac – Sebuah persidangan yang membincangkan Akta 164 iaitu undang-undang berkaitan perkahwinan dan perceraian akan diadakan pada 15 Mac ini di Yayasan  Dakwah Islamiah Malaysia bagi mendedahkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam terhadap pindaan akta berkenaan. Eksekutif Kanan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Ahmad Shukri Abdul Majid berkata, persidangan meja bulat berkenaan […]

Khidmat komuniti di Pulau Banggi

KOTA KINABALU 13 Mac – Dalam usaha mendekati masyarakat peringkat akar umbi terutama di kawasan-kawasan yang terletak jauh dari pusat bandar, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program khidmat komunit di Pulau Banggi, Kudat, pada 12 Mac lalu. Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki, program berkenaan telah diadakan dengan pelbagai pengisian yang bertujuan menyampaikan […]

Program `Berjalan Kaki Harmoni Bersama Menteri’ YADIM Sabah

KOTA KINABALU 13 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah bersama-sama beberapa agensi di negeri ini telah menganjurkan program `Berjalan Kaki Harmoni Bersama Menteri’ pada 10 Mac lalu yang bermula dari perkarangan Masjid Negeri Sabah ke Taman Perdana Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program ini telah mendapat […]

Israel lulus rang undang-undang sekat laungan azan di masjid

BAITULMAQDIS, 12 Mac – Parlimen Israel memberi kelulusan peringkat awal terhadap dua rang undang-undang yang menghadkan laungan azan dan penggunaan pembesar suara di masjid. Ia diluluskan pada peringkat awal lewat kelmarin selepas perbahasan hangat antara anggota parti pemerintah dan Ahli Parlimen Arab yang sebahagian mereka mengoyak salinan rang undang-undang itu serta diusir dari Dewan. Dilaporkan […]

Penentang RUU355 miliki sikap Islamophobia

KUALA LUMPUR 12 Mac – Golongan yang menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) disifatkan memiliki sikap Islamophobia melampau. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan berkenaan berasa terancam dengan agama Islam hingga sanggup menentang pindaan rang undang-undang itu secara membuta tuli, tanpa berusaha memahami tujuannya. “Sebut Islam […]

Parlimen Switzerland tolak rang undang-undang pengharaman purdah

BERN, 11 Mac – Parlimen Switzerland menolak rang undang-undang kontroversi yang mahu mengharamkan pemakaian purdah dalam kalangan wanita Islam di negara itu. Majlis Negeri-Negeri pada Khamis mengundi menentang langkah itu, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada September tahun lepas. Rang undang-undang itu diketuai oleh sayap kanan Parti Rakyat Switzerland yang mahu mengubah Perlembagaan mengharamkan pakaian […]

Lawatan MDN ke Kumpulan Media Karangkraf

SHAH ALAM 10 Mac- Majlis dakwah negara (MDN-YADIM) mengadakan lawatan kerja ke Kumpulan Media Karangkraf pada 9 Mac, dalam usaha majlis berkenaan meluaskan rangakaian kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya media massa. Dalam lawatan itu, delegasi MDN diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, timbalannya, Prof. Datuk Zakaria Stapa, serta ahli-ahli […]

Sinergi ulama dan seniman dalam dakwah

Oleh  WARTAWAN DAKWAH Tidak dapat dinafikan, sifat semula jadi manusia ialah menyukai seni dan hiburan. Seni dan hiburan tidak hanya menjadi alat kepada keperluan manusia untuk menghibur diri daripada kepenatan setelah balik kerja atau menghilangkan tekanan, akan tetapi seni juga menjadi media dakwah yang amat berkesan dalam menyampaikan mesej agama dan penghayatan ajaran Islam. “Keperluan […]

‘Mengembara’ ke dalam tubuh manusia

ABDUL LATHIEF AL-BAGHDADI, seorang pengembara dan ahli perubatan (ahli anatomi) dilahirkan pada 1162M di Baghdad dan meninggal pada 1231 di kota yang sama. Beliau seangkatan dengan Maimonides, iaitu ahli perubatan dan pengarang buku Aphorisme yang memuatkan sejumlah kritikan terhadap buku Galenus. Riwayat hidupnya diketahui daripada sebuah autobiografi yang ditulisnya dan masih terdapat hingga kini. Autobiografi […]