Perbankan Islam ke-2  terbesar dunia

KUALA LUMPUR 23 Feb. – – Malaysia mempunyai aset perbankan Islam kedua terbesar di dunia berjumlah AS$156.7 bilion (RM697.08 bilion) selepas Iran yang mencatat aset berjumlah AS$482.4 bilion (RM2.15 trilion) setakat 2013, menurut Laporan Global Kewangan Islam Bank Dunia. Laporan yang diterbitkan secara bersama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB), Arab Saudi itu juga menyatakan Malaysia […]

Pesawat Netanyahu dihalang masuk laluan Indonesia

SYDNEY, 23 Februari – Pesawat yang dinaiki Benjamin Nentahayu dihalang memasuki wilayah Indonesia hingga mengakibatkan perjalanan Perdana Menteri Israel itu dari Singapura ke Australia memakan masa lebih 11 jam. Lazimnya, penerbangan dari Singapura ke Sydney jika tiada masalah besar hanya memakan masa sekitar lapan jam 30 minit, namun jumlah waktu penerbangan yang dinaiki Netanyahu mencecah […]

Turki tarik balik larangan bertudung untuk tentera

ISTANBUL, 26 Jamadilawal 1438H, Khamis – Kerajaan Turki menarik balik larangan pemakaian tudung terhadap anggota wanita yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata di negara itu. Perkara itu diumumkan semalam selepas Kementerian Pertahanan mendapat arahan bahawa pegawai wanita dalam kakitangan awam, ibu pejabat pusat arahan serta cawangan tentera dibenarkan bertudung. Menteri Pertahanan Fikri Isik berkata, senelum ini […]

GPS beri kesan positif kepada bakal siswazah

PUTRAJAYA 23 Februari – Program Gerbang Pra-Siswa (GPS) 2017 yang telah berlangsung pada 14 Januari hingga 6 Februari lalu di 13 lokasi seluruh negara telah memberikan impak positif kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan […]

Enggan memakai tudung, calon presiden Perancis batal pertemuan dengan mufti

BEIRUT, 22 Februari  – Calon presiden sayap kanan Perancis, Marine Le Pen membatalkan pertemuannya dengan Mufti Lubnan selepas diminta untuk memakai tudung. Marine dijadualkan bertemu dengan Mufti Besar Sunni, Sheikh Abdul Latif Derian pada Selasa, namun memutuskan supaya membatalkannya selepas enggan mengenakan tudung. Dia kini dalam rangka lawatan dua hari ke Lubnan. “Kamu boleh sampai […]

Kes salah guna kuasa cetak al-Quran perkara serius

SHAH ALAM 22 Februari – Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) memandang serius kes penyalahgunaan kuasa dan ketirisan dalam kerja percetakan al-Quran, serta kitab-kitab yang dilakukan oleh pencetak yang bukan daripada ahli berdaftar dalam persatuan itu. Presiden PPPMM, Muhammed Farhan Basheer Ahamed berkata, tindakan itu sekali gus telah mengingkari dan melanggar syarat dan kenyataan di […]

11 juta dihantar pulang segera

Tiada pendatang bakal terlepas kecuali kanak-kanak PARIS 22 Feb. – Pentadbiran Presiden AS mengeluarkan arahan baharu imigresen yang akan menyaksi lebih 11 juta pendatang tanpa izin di negara ini dihantar pulang dengan segera. Tanpa mengubah undang-undang imigresen sedia ada negara ini, arahan itu memberi kuasa kepada anggota peronda sempadan dan pegawai imigresen untuk menghantar pulang […]

Memperluaskan sudut pandang pelajar sekolah agama

KOTA KINABALU 22 Februari – Pelajar sekolah agama tidak seharusnya terikat dengan kerjaya berkaitan agama sahaja tetapi mereka seharusnya memperluaskan sudut pandang dengan turut melibatkan diri dalam bidang-bidang lain. Demikian menurut Mufti Kerajaan Sabah, SS Datuk Bungsu @ Aziz Haji Jaafar dalam program Santai Ilmu Bersama Mufti yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia […]

Perubatan moden berasaskan tamadun Islam

KUALA LUMPUR 21 Februari : Umat Islam di negara ini perlu mengubah persepsi dan mentaliti supaya yakin perubatan moden adalah berasas daripada tamadun Islam, bukannya Barat semata-mata. Ia berikutan beberapa isu dikaitkan dengan agama kebelakangan ini, seperti laporan tindakan segelintir pihak dipercayai kumpulan anti vaksin mempengaruhi orang ramai supaya menolak usaha pencegahan penyakit atas pelbagai […]

SPRM pantau lebih ramai pegawai agama

BANGI, 21 Februari – Penangkapan membabitkan beberapa pegawai dari jabatan agama Islam negeri baru-baru ini menunjukkan bahawa tiada siapa yang terlepas daripada tindakan undang-undang. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, siasatan akan terus dijalankan kepada sesiapa, selagi terdapat unsur-unsur rasuah dikenal pasti. Katanya, agama bukan alat yang boleh […]